Fungsi Tunggu Sedia Automatik

Sistem memasuki mod tunggu sedia secara automatik dalam masa kira-kira 15 minit apabila tidak ada operasi atau output isyarat audio. Semasa pembelian, fungsi Tunggu Sedia Automatik ditetapkan kepada hidup.

Nota

  • Fungsi Tunggu Sedia Automatik tidak berkesan dalam keadaan berikut:

    • semasa fungsi penala.

    • apabila Pemasa Tidur diaktifkan.

    • apabila peranti luaran disambungkan kepada jek MIC1 atau jek MIC2/GUITAR.

    • apabila sistem ialah Tetamu Parti untuk fungsi Party Chain Wayarles atau sistem Tetamu untuk fungsi Speaker Add.

Untuk mematikan/menghidupkan fungsi Tunggu Sedia Automatik

  1. Tekan OPTIONS.

    Menu pilihan muncul pada paparan.

  2. Tekan/berulang kali untuk memilih [AutoSTBY], dan kemudian tekan(masuk).

  3. Tekan/berulang kali untuk memilih [ON] atau [OFF], dan kemudian tekan(masuk).

Untuk keluar dari menu pilihan

Tekan OPTIONS.

Petua

  • [AutoSTBY] berkelip pada paparan kira-kira 2 minit sebelum memasuki mod tunggu sedia.