Menggunakan mod main

Bergantung pada cakera atau fail, fungsi mungkin tidak berkesan.

Main dalam susunan berturutan atau susunan rawak (Main Normal/Main Rawak) (untuk CD/DATA CD/DATA DVD/USB)

Semasa main balik dihentikan, tekan PLAY MODE berulang kali.

Apabila memainkan cakera

  • [DISC]: Memainkan cakera.

  • [FOLDER]*: Memainkan semua fail yang boleh dimainkan dalam folder yang ditetapkan pada cakera.

  • [DISC (SHUFFLE)]: Merawakkan semua fail audio pada cakera.

  • [FOLDER (SHUFFLE)]*: Merawakkan semua fail audio dalam folder yang ditetapkan pada cakera.

* Tidak boleh dipilih untuk AUDIO CD.

Apabila memainkan peranti USB

  • [ONE USB DEVICE]: Memainkan peranti USB.

  • [FOLDER]: Memainkan semua fail yang boleh dimainkan dalam folder yang ditetapkan pada peranti USB.

  • [ONE USB DEVICE (SHUFFLE)]: Merawakkan semua fail audio pada peranti USB.

  • [FOLDER (SHUFFLE)]: Merawakkan semua fail audio dalam folder yang ditetapkan pada peranti USB.

Nota

  • [FLDR] dan [SHUF] terpadam pada paparan apabila Main Normal ditetapkan kepada [DISC] atau [ONE USB DEVICE].

  • [FLDR] menyala pada paparan apabila Main Normal ditetapkan kepada [FOLDER].

  • [SHUF] menyala pada paparan apabila Main Rawak ditetapkan kepada [DISC (SHUFFLE)] atau [ONE USB DEVICE (SHUFFLE)].

  • [FLDR] dan [SHUF] menyala pada paparan apabila Main Rawak ditetapkan kepada [FOLDER (SHUFFLE)].

  • Main Rawak tidak boleh dilakukan untuk fail video.

  • Main Rawak dibatalkan apabila anda:

    • membuka dulang cakera.

    • melakukan Pindah Segerak.

    • Menukar tetapan MEDIA MODE.

  • Main Rawak boleh dibatalkan apabila anda memilih folder atau runut untuk dimainkan balik.

Bermain berulang kali (Main Ulang) (untuk DVD VIDEO/VIDEO CD/CD/DATA CD/DATA DVD/USB)

Tekan REPEAT/FM MODE berulang kali.

Bergantung pada jenis cakera atau fail, sesetengah tetapan mungkin tidak tersedia.

  • [OFF]: Tidak dimain balik berulang kali.

  • [ALL]: Mengulangi semua runut atau fail dalam mod main yang dipilih.

  • [DISC]: Mengulangi semua kandungan (DVD VIDEO dan VIDEO CD sahaja.

  • [TITLE]: Mengulangi judul semasa (DVD VIDEO sahaja).

  • [CHAPTER]: Mengulangi bab semasa (DVD VIDEO sahaja).

  • [TRACK]: Mengulangi runut semasa.

  • [FILE]: Mengulangi fail video semasa.

Untuk membatalkan Main Ulang

Tekan REPEAT/FM MODE berulang kali untuk memilih [OFF].

Nota

  • [] menyala pada paparan apabila Main Ulang ditetapkan kepada [ALL] atau [DISC].

  • [] menyala pada paparan apabila Main Ulang ditetapkan kepada [TITLE], [CHAPTER], [TRACK] atau [FILE].

  • Anda tidak boleh melaksanakan Main Ulang dengan VIDEO CD semasa main balik PBC.

  • Bergantung pada DVD VIDEO, anda tidak boleh melaksanakan Main Ulang.

  • Main Ulang dibatalkan apabila anda:

    • membuka dulang cakera.

    • mematikan sistem (DVD VIDEO dan VIDEO CD sahaja).

    • Menukar fungsi (DVD VIDEO dan VIDEO CD sahaja).

    • melakukan Pindah Segerak.

    • menukar tetapan MEDIA MODE.