Menikmati main balik muzik wayarles dengan berbilang sistem audio (fungsi Party Chain Wayarles)

Dengan menyambungkan berbilang peranti yang serasi dengan fungsi Party Chain Wayarles, anda boleh menikmati suasana parti yang lebih bertenaga dengan muzik yang kuat.

Peranti yang serasi:

SRS-XB21, SRS-XB31, SRS-XB41, SRS-XB20, SRS-XB30, SRS-XB40, MHC-V82D, MHC-V72D, MHC-V42D, MHC-V02, GTK-XB72, GTK-XB60, GTK-XB90


Sebelum mengoperasikan sistem, pastikan bahawa semua sistem yang disambung berada dalam jarak 1 m dari peranti.

  1. Tetapkan sistem pertama sebagai Hos Parti.

    Pengendalian berikut adalah contoh untuk cara menetapkan MHC-V42D sebagai sistem pertama. Rujuk fungsi pengendalian yang dibekalkan bersama peranti yang anda gunakan untuk menetapkan peranti lain yang serasi dengan fungsi Party Chain Wayarles.

    1. Tekan FUNCTION berulang kali untuk memilih fungsi BLUETOOTH.

    2. Sambungkan peranti BLUETOOTH ke sistem melalui sambungan BLUETOOTH.

      Memasang dan menyambung dengan peranti BLUETOOTH

      Sambungan BLUETOOTH diwujudkan apabila nama peranti BLUETOOTH muncul pada paparan.

    3. Tekan W. PARTY CHAIN pada sistem.

      [CHAINING] berkelip pada paparan.

      Sambungan ke peranti BLUETOOTH ditamatkan secara automatik sebaik sahaja sistem memasuki mod Persediaan Party Chain Wayarles.

  2. Sambungkan sistem kedua atau yang seterusnya sebagai Tetamu Parti.

    Pengendalian berikut adalah contoh untuk cara menetapkan MHC-V42D sebagai sistem kedua. Rujuk fungsi pengendalian yang dibekalkan bersama peranti yang anda gunakan untuk menyambungkan peranti lain yang serasi dengan fungsi Party Chain Wayarles.

    1. Tekan FUNCTION berulang kali untuk memilih fungsi BLUETOOTH.

    2. Tekan W. PARTY CHAIN pada sistem kedua.

      [GUEST XX] muncul pada paparan (XX adalah nombor). [HOST] muncul pada paparan sistem pertama.

      Petua

      • Sambungkan sistem kedua dalam masa 1 minit. Selepas 1 minit atau lebih, tetapan sistem akan dibatalkan.

    3. Untuk menyambung sistem tambahan, ulangi langkah – 1 hingga 2.

      Petua

      • Apabila menyambung sistem ketiga atau yang seterusnya, sambungkan setiap sistem tersebut dalam masa 30 saat selepas menyambung sistem yang sebelumnya. Selepas 30 saat atau lebih, sistem tidak akan dapat disambungkan.

      • Jika anda mahu menambah sistem lain selepas membuat sambungan (30 saat atau lebih), tekan dan tahan W. PARTY CHAIN pada sistem pertama, dan kemudian lakukan langkah – 1 hingga 2.

  3. Tunggu 30 saat selepas Tetamu Parti terakhir disambungkan.

    [P.CHAIN] berhenti berkelip pada paparan Hos Parti dan peranti menyambung semula BLUETOOTH ke Hos Parti.

  4. Memulakan main balik.

    Mulakan main balik pada peranti BLUETOOTH yang disambung dan laraskan kelantangan.

    Semua sistem akan memainkan muzik yang sama.

    Apabila melaras kelantangan pada peranti BLUETOOTH atau sistem yang disambungkan dengan peranti (sistem ditetapkan sebagai yang pertama), kelantangan semua sistem akan dilaraskan secara automatik.* Untuk sistem lain (sistem kedua atau yang seterusnya yang ditetapkan), anda juga boleh melaraskan kelantangan antara satu sama lain.

    * Bergantung pada peranti yang disambung, kelantangan mungkin tidak disegerakkan dengan kelantangan yang anda laraskan pada sistem pertama.

Penyegerakan tetapan dalam Party Chain Wayarles

Apabila Party Chain Wayarles telah diwujudkan, tetapan berikut pada sistem yang disambung berubah:

  • Tetapan MEGA BASS pada semua sistem yang disambung disegerakkan dengan sistem pertama.

  • Tetapan Karaoke (Pemudar Suara, Kawalan Nada dan Gema Mikrofon) pada semua sistem yang disambung dimatikan.

  • Tetapan Party Light pada Tetamu Parti disegerakkan dengan Hos Parti.

  • Kesan DJ pada kedua-dua Hos Parti dan Tetamu Parti dimatikan.

  • Tetapan Medan Bunyi kembali kepada lalai pada semua sistem yang disambung.

  • Apabila kelantangan pada sistem pertama dilaraskan, kelantangan pada semua sistem yang disambung akan disegerakkan dengan kelantangan sistem pertama. Namun, walaupun jika kelantangan pada sistem lain dilaraskan, kelantangan pada sistem pertama tidak akan berubah.

  • Apabila sistem pertama dimatikan, semua sistem lain yang disambung akan turut dimatikan.

Petua

  • Anda juga boleh mengendalikan fungsi Party Chain Wayarles pada “Sony | Music Center.”

  • Apa yang boleh anda lakukan dengan fungsi Party Chain Wayarles bergantung pada sistem yang anda sambungkan.

  • Apabila menggunakan fungsi Party Chain Wayarles, codec akan menukar secara automatik kepada SBC.

Nota

  • Apabila menonton filem menggunakan fungsi Party Chain Wayarles, mungkin akan terdapat perbezaan antara video dan audio.

  • Fungsi Party Chain Wayarles tersedia hanya apabila sistem berada dalam fungsi BLUETOOTH.

  • Apabila anda menggunakan fungsi Party Chain Wayarles dengan menyambung berbilang jenis sistem audio, pencahayaan mungkin tidak berkesan bergantung pada susunan sistem yang anda sambungkan. Dalam keadaan ini, tetapkan sistem yang pencahayaannya tidak berkesan sebagai sistem pertama.

  • Semasa fungsi Party Chain Wayarles masih aktif, anda tidak boleh memilih sistem lain sebagai Hos Parti yang baharu.

  • Apabila anda menggunakan mikrofon atau memainkan gitar pada Hos Parti, bunyi tidak dikeluarkan dari Tetamu Parti.

  • Pemasa Tidur dan fungsi Tunggu Sedia Automatik tidak dapat dijalankan pada Tetamu Parti.