Mengenai fungsi Diagnosis kendiri

Apabila fungsi diagnosis kendiri diaktifkan, nombor perkhidmatan muncul pada skrin TV atau paparan. Nombor perkhidmatan terdiri daripada abjad dan angka (contoh, C 13 50). Lihat jadual berikut untuk sebab dan tindakan pembetulan.

3 aksara pertama nombor perkhidmatan Sebab dan tindakan pembetulan
C 13 Cakera kotor.

Bersihkan cakera dengan kain lembut.

C 31 Cakera tidak dimasukkan dengan betul.

Matikan sistem, kemudian hidupkannya semula. Kemudian masukkan semula cakera dengan betul.

E XX

(XX ialah nombor)

Untuk mengelakkan berlakunya kerosakan, sistem telah melaksanakan fungsi diagnosis kendiri.

Hubungi wakil penjual Sony anda yang terdekat atau pusat kemudahan servis Sony tempatan yang sah dan berikan nombor perkhidmatan 5 aksara.

Contoh: E 61 10