Menu tetapan
Anda boleh melaraskan pelbagai tetapan dari menu persediaan.
Untuk memasuki menu persediaan, tekan dan tahan SHIFT dan tekan SETUP apabila main balik dihentikan dalam fungsi DVD/CD atau USB.
Menu persediaan muncul pada skrin TV. Sila gunakan
/
dan
(masuk) untuk menavigasi menu persediaan.
Untuk keluar dari menu, tekan dan tahan SHIFT dan tekan SETUP.
Item-item yang dipaparkan berbeza bergantung pada negara atau kawasan.
Nota
-
Tetapan main balik yang disimpan dalam cakera mendapat keutamaan berbanding tetapan menu persediaan. Oleh itu, sesetengah tetapan menu persediaan mungkin tidak dilaksanakan.
Menetapkan bahasa – [LANGUAGE SETUP]
| [OSD] | Menetapkan bahasa paparan pada skrin. |
| [MENU]
|
Menetapkan bahasa untuk menu DVD. |
| [AUDIO]
|
Menukar bahasa runut bunyi. Apabila anda memilih [ORIGINAL], bahasa yang diberikan keutamaan dalam cakera dipilih. |
| [SUBTITLE]
|
Menukar bahasa sari kata. Apabila anda memilih [AUDIO FOLLOW], bahasa bagi sari kata berubah mengikut bahasa yang anda pilih untuk runut bunyi. |
Nota
-
Jika anda memilih [OTHERS
] dalam [MENU], [AUDIO], dan [SUBTITLE], masukkan kod bahasa (Senarai kod kawasan Kawalan Ibu Bapa/Senarai kod bahasa) menggunakan Butang-butang angka.
Menetapkan skrin TV – [VIDEO SETUP]
| [TV TYPE]
|
[16:9] |
Pilih ini apabila anda menyambungkan TV skrin lebar atau TV dengan fungsi mod lebar.
|
| [4:3 LETTER BOX] |
Pilih ini apabila anda menyambungkan TV skrin 4:3 yang tidak mempunyai fungsi mod lebar. Memaparkan gambar lebar dengan jalur hitam di bahagian atas dan bawah.
|
|
| [4:3 PAN SCAN] |
Pilih ini apabila anda menyambungkan TV skrin 4:3 yang tidak mempunyai fungsi mod lebar. Memaparkan gambar dengan ketinggian penuh pada seluruh skrin, dengan sisi yang direpang.
|
|
| [4:3 OUTPUT]
|
[FULL] |
Pilih ini apabila anda menyambungkan TV dengan fungsi mod lebar. Memaparkan gambar skrin 4:3 dalam nisbah aspek 16:9 walaupun pada TV skrin lebar. |
| [NORMAL] |
Menukar saiz gambar supaya muat pada saiz skrin dengan nisbah aspek gambar yang asal. Memaparkan jalur hitam di sisi kiri dan kanan jika anda memaparkan gambar skrin 4:3.
|
|
|
[COLOR SYSTEM(VIDEO CD)]*
(Kecuali untuk model Amerika Latin, Eropah, dan Rusia) |
[AUTO] | Mengeluarkan isyarat video mengikut sistem warna cakera. Pilih tetapan ini jika TV anda menggunakan sistem DUAL. |
| [PAL] | Mengeluarkan isyarat video dalam sistem PAL. | |
| [NTSC] | Mengeluarkan isyarat video dalam sistem NTSC. | |
| [PAUSE MODE]
|
[AUTO] | Gambar, termasuk subjek yang bergerak secara dinamik, dikeluarkan tanpa getaran. Biasanya pilih tetapan ini. |
| [FRAME] | Gambar, termasuk subjek yang tidak bergerak secara dinamik, dikeluarkan dalam resolusi tinggi. |
* Untuk butiran lanjut, lihat Memasang TV.
Menetapkan pilihan audio – [AUDIO SETUP]
|
[AUDIO DRC]
(Mampatan Julat Dinamik) |
[OFF] | Matikan. |
| [STANDARD] | Pilih ini apabila menonton filem pada kelantangan yang rendah semasa lewat malam. Julat dinamik dimampatkan sebagaimana yang dikehendaki oleh jurutera rakaman. | |
| [TRACK SELECTION]
|
[OFF] | Tiada keutamaan diberikan. |
| [AUTO] | Memberi keutamaan kepada runut bunyi yang mengandungi bilangan saluran tertinggi apabila anda memainkan balik DVD VIDEO yang dirakamkan dengan berbilang format audio (audio PCM, MPEG, atau Dolby Digital). | |
|
[A/V SYNC]
(Fail video sahaja) |
[OFF] | Tidak melaras. |
| [ON] | Melaraskan kelewatan antara gambar dengan bunyi apabila bunyi tidak segerak dengan gambar yang dipaparkan. | |
|
[DOWNMIX]
|
[NORMAL] | Mengeluarkan audio berbilang saluran menjadi isyarat stereo 2 saluran. |
| [DOLBY SURROUND] | Mengeluarkan audio berbilang saluran menjadi isyarat keliling 2 saluran. |
Nota
-
[DOWNMIX] hanya berfungsi untuk jek HDMI OUT (TV) ARC.
Menetapkan sistem – [SYSTEM SETUP]
| [SCREEN SAVER] | [ON] | Imej penyelamat skrin muncul jika anda tidak mengendalikan sistem selama kira-kira 15 minit. Tekan (kelantangan) +/- untuk keluar dari penyelamat skrin. |
| [OFF] | Matikan. | |
| [BACKGROUND] | [JACKET PICTURE] | Gambar jaket (gambar pegun) yang dirakam pada cakera muncul pada latar belakang. |
| [GRAPHICS] | Gambar praset yang disimpan di dalam sistem muncul pada latar belakang. | |
| [BLUE] | Warna latar belakang ialah biru. | |
| [BLACK] | Warna latar belakang ialah hitam. | |
| [PARENTAL CONTROL] | Menetapkan batasan main balik. Untuk butiran lanjut, lihat Membataskan main balik cakera (Kawalan Ibu Bapa). | |
|
[MULTI-DISC RESUME]
|
[ON] | Menyimpan titik sambung semula main balik dalam ingatan sehingga 6 cakera. |
| [OFF] | Main balik bermula di titik sambung semula main balik hanya untuk cakera semasa yang ada di dalam sistem. | |
| [RESET] | Mengembalikan tetapan menu persediaan kepada tetapan lalai. Untuk butiran lanjut, lihat Mengembalikan tetapan menu persediaan kepada lalai. | |
Menetapkan pilihan audio HDMI – [HDMI SETUP]
| [HDMI RESOLUTION] | [AUTO(1920x1080p)] | Mengeluarkan isyarat video mengikut resolusi TV. |
| [1920x1080i]/[1280x720p]/[720x480p]*1/[720x480/576p]*2 | Mengeluarkan isyarat video mengikut tetapan resolusi yang dipilih. | |
| [YCBCR/RGB(HDMI)] | [YCBCR] | Mengeluarkan isyarat video YCBCR. |
| [RGB] | Mengeluarkan isyarat video RGB. | |
| [AUDIO(HDMI)] | [AUTO] | Mengeluarkan isyarat audio dalam format asal dari jek HDMI OUT (TV) ARC. |
| [PCM] | Mengeluarkan isyarat PCM Linear 2 saluran dari jek HDMI OUT (TV) ARC. | |
| [CONTROL FOR HDMI] | [ON] | Fungsi Kawalan untuk HDMI didayakan. Anda boleh mengendalikan secara bersama sistem dan TV yang disambungkan dengan kabel HDMI. |
| [OFF] | Matikan. | |
| [AUDIO RETURN CHANNEL]
(Tersedia apabila anda menetapkan [CONTROL FOR HDMI] kepada [ON]) |
[ON] | Anda boleh mendengar bunyi TV dari pembesar suara sistem.
Setkan fungsi ini apabila sistem disambungkan ke jek HDMI IN TV yang serasi dengan fungsi Saluran Pengembalian Audio (ARC). |
| [OFF] | Matikan. | |
| [STANDBY LINKED TO TV]
(Tersedia apabila anda menetapkan [CONTROL FOR HDMI] kepada [ON]) |
[AUTO] | Apabila anda mematikan TV, sistem akan dimatikan secara automatik di bawah keadaan berikut:
|
| [ON] | Sistem dimatikan secara automatik apabila anda mematikan TV tanpa mengambil kira fungsi. | |
| [OFF] | Sistem tidak dimatikan apabila anda mematikan TV. |
*1 Untuk model Amerika Latin sahaja.
*2 Untuk model lain.

/
(kelantangan) +/- untuk keluar dari penyelamat skrin.