Menyambung kepada rangkaian berwayar

Bahagian ini menerangkan cara untuk menyambung sistem audio rumah kepada penghala wayarles dengan kabel LAN (tidak dibekalkan), kemudian cara untuk menyambung penghala kepada PC.

Biasanya tetapan DHCP ditetapkan kepada ON apabila anda menyambung PC anda kepada rangkaian.

Lakukan yang berikut sebelum bermula.

  • Tetapkan tetapan DHCP PC anda kepada ON.
  1. Pastikan PC dan penghala wayarles anda dihidupkan.
  2. Sambungkan penghala wayarles kepada port LAN sistem audio rumah dengan kabel LAN (tidak dibekalkan).
  3. Sambungkan penghala wayarles kepada PC anda menggunakan kabel LAN lain (tidak dibekalkan), atau sambungan Wi-Fi.

  4. Hidupkan sistem audio rumah.

    Penunjuk kuasa menyala hijau, kemudian penunjuk NETWORK mula berkelip putih. Tunggu kira-kira 2 minit (dalam sesetengah keadaan, 4 atau 5 minit) sehingga menyala pada paparan. Apabila sambungan selesai, penunjuk NETWORK berubah daripada berkelip menjadi kekal menyala putih.

    Petua

    • Apabila anda menyambungkan sistem audio rumah kepada PC untuk kali pertama, ia mengambil masa kira-kira empat atau lima minit sehingga penunjuk NETWORK berhenti berkelip dan kekal menyala putih.

Nota

  • Apabila anda menyambungkan sistem audio rumah kepada rangkaian buat kali pertama selepas pembelian atau selepas anda menetapkan semula sistem audio rumah, mod siap sedia BLUETOOTH/Rangkaian dihidupkan secara automatik.