Menetapkan PC anda untuk dikendalikan dari telefon pintar, iPhone dan lain-lain sebagai pengawal (Windows 8.1)

Dengan mengendalikan dari pengawal seperti telefon pintar, iPhone dan lain-lain pada rangkaian rumah anda, anda boleh menikmati muzik yang disimpan dalam PC Windows 8.1 pada rangkaian rumah anda dengan sistem audio utama.

Untuk mengendalikan PC Windows 8.1 selepas memuat turun SongPal pada telefon pintar, iPhone dan lain-lain, ikuti langkah di bawah.

  1. Klik atau ketik di bahagian bawah kiri skrin Start.
  2. Pilih [Windows Media Player].

  3. Klik atau ketik [Stream], kemudian pilih [More streaming options].

    Jika [More streaming options] tidak muncul, pilih [Turn on media streaming...]. Kemudian pilih [Turn on media streaming] pada skrin [Media streaming options].

  4. Jika semua peranti dibenarkan, pilih [Next].

    Jika bukan semua peranti dibenarkan, pilih [Allow All], kemudian skrin [Allow All Media Devices] muncul.

    Pilih [Allow all PCs and Media Devices].

  5. Pastikan [Music] ditetapkan kepada [Shared], kemudian pilih [Next].

  6. Pilih [Finish] untuk menutup skrin.
  7. Pilih [Stream], kemudian pastikan [Automatically allow devices to play my media...] telah ditandakan.

    Tetapan kini selesai. Anda boleh mendengar muzik yang disimpan di PC anda, menggunakan telefon pintar, iPhone anda dan lain-lain.