Menyambung kepada rangkaian Wi-Fi menggunakan PC yang disambungkan secara wayarles (Mac)

Ambil perhatian bahawa sistem audio rumah perlu ditetapkan semula kepada lalai kilang untuk sambungan ini. Semua maklumat pendaftaran (berpasangan) peranti BLUETOOTH dihapuskan. Untuk menggunakan sambungan BLUETOOTH selepas itu, hapuskan semua maklumat pasangan pada Mac dan kemudian tetapkan pasangan semula.

Bahagian ini menerangkan cara untuk menyambung Mac dan sistem audio rumah secara wayarles, kemudian cara untuk menyambung sistem audio rumah kepada penghala wayarles, menggunakan Mac.

Lakukan yang berikut sebelum bermula.

  • Putuskan sambungan kabel LAN (tidak dibekalkan) daripada sistem audio rumah.
  • Letakkan sistem audio rumah lebih dekat dengan penghala wayarles.
  • Cari SSID (nama rangkaian wayarles) dan kekunci penyulitan (WEP atau WPA), yang diperlukan untuk menyediakan rangkaian Wi-Fi. Kekunci penyulitan mengehadkan capaian kepada peranti dalam rangkaian. Ia digunakan untuk menjadikan komunikasi antara peranti yang bersambung kepada penghala wayarles dan titik capaian lebih selamat.
  1. Simpan nama rangkaian Wi-Fi (SSID) dan kata laluan (kekunci penyulitan) penghala wayarles untuk rujukan.

    Untuk butiran, rujuk arahan pengendalian yang dibekalkan dengan penghala wayarles anda.

  2. Tetapkan semula sistem audio rumah dengan menggunakan alat kawalan jauh.
    1. Cabut palam kord kuasa AC, kemudian masukkannya semula.
    2. Tekan butang (kuasa) untuk menghidupkan sistem audio rumah.
    3. Tekan butang OPTIONS.
    4. Tekan butang / berulang kali untuk memilih [SYSTEM], kemudian tekan butang (enter).
    5. Tekan butang / berulang kali untuk memilih [RESET], kemudian tekan butang (enter).
    6. Tekan butang / berulang kali untuk memilih [YES], kemudian tekan butang (enter).

      [RESET] muncul pada paparan.

      Tetapan sistem audio rumah kembali kepada lalai kilang, dan tetapan rangkaian dan semua maklumat pendaftaran (berpasangan) peranti BLUETOOTH akan dihapuskan.

  3. Hidupkan sistem audio rumah.

    Penunjuk kuasa menyala hijau.

  4. Sambungkan sistem audio rumah kepada Mac.
    1. Klik di bahagian atas skrin.
    2. Pilih [Open Network Preferences...].
    3. Pilih [MHC-V90DW] daripada senarai rangkaian.
  5. Paparkan skrin [Sony Network Device Settings].
    1. Lancarkan pelayar (Safari dan lain-lain).
    2. Masukkan URL berikut di dalam bar alamat.
  6. Pilih [Network Settings] dari menu.

  7. Masukkan SSID penghala wayarles dan kata laluan.

  8. Pilih [Apply].

  9. Pastikan penunjuk NETWORK menyala putih.

    Apabila sambungan Wi-Fi selesai, penunjuk NETWORK menyala putih. Ia mengambil masa kira-kira 2 minit (dalam sesetengah keadaan, 4 atau 5 minit).

    Sambungan selesai.

  10. Sambungkan Mac kepada penghala wayarles yang akan digunakan.

Petua

  • Jika anda ingin menetapkan alamat IP yang tetap, tetapkan dalam skrin dalam langkah di atas.
  • Apabila sambungan sistem audio rumah kepada rangkaian Wi-Fi anda telah selesai, sambung PC anda kepada destinasi yang sebelumnya atau penghala wayarles anda.

Nota

  • Prosedur ini perlu dilengkapkan dalam masa 30 minit. Jika anda tidak dapat menyiapkan dalam masa 30 minit, mula semula dari langkah .
  • Sehingga anda selesai membuat tetapan rangkaian Wi-Fi, ia tidak akan dilindungi. Rangkaian Wi-Fi akan dilindungi semula selepas menetapkan keselamatan Wi-Fi.
  • Apabila anda menyambungkan sistem audio rumah kepada rangkaian Wi-Fi buat pertama kalinya selepas pembelian, mod siap sedia BLUETOOTH/Rangkaian dihidupkan secara automatik.