Mendengar dengan berbilang sistem audio rumah

Anda boleh mendengar muzik kegemaran anda dalam pelbagai gaya oleh gabungan sistem audio rumah wayarles.

Model yang serasi

Untuk maklumat lanjut, rujuk URL berikut:

http://sony.net/nasite/

Ciri

Fungsi Berbilang Bilik Wayarles tersedia. Untuk membatalkan fungsi, kendalikan SongPal.

Nota

  • Untuk memainkan semula muzik yang disimpan di PC, fungsi pelayan (DMS) diperlukan pada PC. Untuk maklumat lanjut, rujuk arahan pengendalian untuk PC.
  • Hanya fail muzik dalam peranti pelayan rangkaian rumah boleh dimainkan semula. Bunyi dari fail video tidak boleh dimainkan semula.

Memainkan muzik di lebih daripada satu bilik pada masa yang sama (Berbilang Bilik Wayarles)

Dengan menghimpunkan sistem audio rumah, anda boleh memenuhi bilik anda dengan muzik yang sama secara serentak.

Bagi muzik yang disimpan di PC atau NAS, anda juga boleh mendengar lagu-lagu yang berbeza daripada setiap sistem audio rumah.*

Anda boleh menikmati muzik kegemaran anda yang disimpan pada PC atau telefon mudah alih, serta muzik daripada perkhidmatan penstriman, fail audio pada cakera CDDA, atau peranti USB dengan kualiti suara yang unggul di dalam mana-mana bilik melalui Wi-Fi.* **

Anda boleh menyimpan tetapan kumpulan sistem audio rumah kegemaran anda.

Untuk maklumat lanjut tentang fungsi Berbilang Bilik Wayarles (seperti kumpulan dan main semula kumpulan), rujuk URL berikut:

http://info.songpal.sony.net/help/

* Lagu-lagu berbeza yang disimpan di telefon pintar atau tablet tidak boleh didengari daripada setiap sistem audio rumah.

** Anda tidak dapat mendengar muzik atau input audio pada peranti luaran yang disambungkan ke jek AUDIO IN, jek MIC, atau jek HDMI OUT menggunakan fungsi Berbilang Bilik Wayarles.