Kaedah kemas kini 1: Kemas kini automatik melalui Internet

Apabila anda menggunakan sistem audio utama semasa bersambung kepada Internet melalui rangkaian berwayar atau Wi-Fi, sistem audio utama boleh mengemas kini kepada perisian terkini secara automatik.

Ciri ini dinyahdaya secara lalai.

Untuk mengemas kini perisian secara automatik

  • Lancarkan SongPal di telefon pintar, iPhone anda dan lain-lain, dan tetapkan [System] dalam menu [Settings].
    Ciri kemas kini perisian automatik ([Auto Update]) sistem audio utama diaktifkan. Jika [Auto Update] dinyahdaya, ubah tetapan untuk mendayakan.
  • Kemas kini dijalankan apabila anda tidak menggunakan sistem audio utama, seperti ketika tengah malam atau apabila sistem audio utama dalam mod siap sedia. Semasa kemas kini, maklumat kemajuan kemas kini muncul pada paparan dan [UPDATED] muncul pada paparan apabila kemas kini selesai. Apabila sistem audio utama dihidupkan buat pertama kali selepas mengemas kini, [UPDATED] muncul pada paparan.

Untuk menyahaktifkan kemas kini automatik perisian

  • Nyahdayakan [Auto Update] dalam menu [Settings] dengan menggunakan SongPal yang dipasang di telefon pintar, iPhone dan lain-lain.
  • Walau bagaimanapun, perisian mungkin masih akan dikemas kini secara automatik bagi perubahan kritikal, walaupun anda menyahdayakan fungsi ini.

Jika [NETWORK ERROR] atau [DOWNLOAD ERROR PUSH POWER] muncul pada paparan

Kemas kini perisian telah gagal.

Jika sambungan rangkaian lemah, kemas kini mungkin gagal sebelum ia selesai. Sila lihat berikut untuk mengemas kini menggunakan pemacu kilat USB.

Pengemaskinian manual melalui pemacu kilat USB (apabila kemas kini melalui rangkaian gagal)

Petua

  • Jangan matikan sistem audio utama semasa mengemas kini.
  • Apabila sistem audio utama disambungkan kepada Internet melalui rangkaian berwayar atau Wi-Fi, [UPDATE] menyala pada paparan apabila sistem audio utama mengesan versi perisian baru.
  • Tanpa mengira tetapan [Auto Update], [UPDATE] menyala pada paparan apabila sistem audio utama mengesan versi perisian baru.
  • Anda boleh mengemas kini perisian secara manual, walaupun jika tetapan [Auto Update] diaktifkan. Lihat “Kaedah kemas kini 2: Kemas kini manual melalui Internet”.

Nota

  • Pengemaskinian biasanya mengambil masa 3 hingga 10 minit. Ia mungkin mengambil masa lebih lama bergantung pada persekitaran rangkaian anda.
  • Jangan kendalikan sistem audio utama atau alat kawalan jauh semasa mengemas kini. Selain itu, pastikan sistem audio utama disambungkan kepada bekalan kuasa dan rangkaian semasa mengemas kini.
  • Semasa mengemas kini melalui Internet, anda boleh menamatkan prosedur kemas kini dengan menekan butang (berhenti) pada alat kawalan jauh atau menyentuh kekunci (berhenti) pada sistem audio utama apabila [DL XX%] muncul pada paparan (Ini bukanlah sentiasa boleh dilakukan). Jika anda membatalkan pengemaskinian, [CANCEL] muncul pada paparan dan [UPDATE] kekal menyala pada paparan lagi.