Mendengar muzik di PC melalui rangkaian (“Sony | Music Center for PC” dengan operasi SongPal)

Anda boleh berkongsi muzik di PC anda (fungsi pelayan) dengan aplikasi percuma “Sony | Music Center for PC” yang terpasang pada PC anda.

Anda boleh mendengar muzik di PC anda daripada sistem audio rumah melalui rangkaian Wi-Fi dengan menggunakan SongPal yang dipasang pada telefon pintar, iPhone anda dan lain-lain sebagai pengawal DLNA.


Pasang atau kemas kini versi terbaru “Sony | Music Center for PC” pada PC anda terlebih dahulu.

Capai laman web berikut untuk memuat turun aplikasi. Anda mungkin perlu membayar yuran komunikasi, bergantung pada kontrak Internet anda.

http://www.sony.net/smc4pc/

Untuk butiran cara memasang aplikasi, ikuti arahan di laman web.

Spesifikasi dan reka bentuk aplikasi boleh berubah tanpa notis.

  1. Sambungkan sistem audio rumah, PC dan telefon pintar iPhone dan lain-lain dengan SongPal dipasang kepada rangkaian yang sama.

    Sambungkan sistem audio rumah, PC dan telefon pintar iPhone dan lain-lain kepada SSID penghala wayarles yang sama.

    Penunjuk NETWORK menyala putih apabila sistem audio rumah disambungkan kepada rangkaian anda.

  2. Sentuh kekunci NETWORK pada sistem audio rumah.

    Sistem audio rumah memasuki fungsi NETWORK.

  3. Mulakan “Sony | Music Center for PC” yang dipasang pada PC.
  4. Pilih [Settings] daripada menu [Tools].
  5. Klik [Share media] dan tambahkan tanda rait pada kotak semak untuk [Share media with local network device] . Kemudian, masukkan nama pustaka rawak dalam kotak teks untuk [Library name:] . Klik [OK] untuk menutup skrin.

    Untuk butiran tentang prosedur, rujuk [How to use] pada laman web sokongan “Sony | Music Center for PC”.

    http://www.sony.net/smc4pc/

  6. Mulakan SongPal untuk memilih muzik pada PC.

    Ketik [SongPal] pada telefon pintar, iPhone anda dan lain-lain.

  7. Ketik [MHC-V90DW].

  8. Ketik [Home Network].

  9. Ketik nama perpustakaan yang ditandakan dalam langkah daripada senarai pelayan yang muncul pada skrin.

  10. Ketik [Music], kemudian pilih lagu daripada senarai dan mulakan main semula.

    Main semula video dan foto tidak disokong.

    Lagu terpilih akan kedengaran daripada sistem audio rumah.

  11. Laraskan kelantangan menggunakan SongPal.

Nota

  • Sistem audio rumah boleh memainkan fail format MP3, WMA, AAC, WAV, FLAC, ALAC, AIFF, dan DSD (hanya fail AAC dengan sambungan “.m4a,” “.mp4,” atau “.3gp” dapat dimainkan). Walaupun kadar bit dan format fail disokong, main semula bagi semua fail tidak dijamin. Mungkin ada perubahan spesifikasi.
  • Fail dengan perlindungan hak cipta DRM (Pengurusan Hak Digital) tidak boleh dimainkan pada sistem audio rumah. Untuk menyemak sama ada fail WMA dilindungi oleh DRM, klik kanan fail pada PC. Jika ada tab [License], fail dilindungi hak cipta DRM.
  • Apabila anda mendengar muzik melalui rangkaian rumah, ia mungkin mengambil sedikit masa untuk bermula, kerana setiap peranti serasi DLNA perlu mengecam komponen yang sedang digunakan.
  • Sesetengah kandungan mungkin tidak boleh dimainkan dengan produk yang disahkan DLNA.