Kaedah kemas kini 3: Kemas kini manual melalui pemacu kilat USB

Anda boleh menggunakan pemacu kilat USB untuk mengemas kini perisian apabila sistem audio rumah tidak disambungkan kepada Internet. Ikuti langkah-langkah di bawah. Gunakan alat kawalan jauh untuk melakukan langkah-langkah di bawah.

  1. Hentikan sebarang muzik yang sedang dimainkan.
  2. Tekan butang FUNCTION +/ berulang kali untuk memilih [USB].
  3. Tekan butang MEDIA MODE berulang kali untuk memilih [MUSIC].
  4. Muat turun fail kemas kini dari laman web di bawah, kemudian simpannya dalam pemacu kilat USB.

    Bagi pelanggan-pelanggan di Amerika Latin:

    http://esupport.sony.com/LA

    Bagi pelanggan-pelanggan di Eropah dan Rusia:

    http://www.sony.eu/support

    Bagi pelanggan-pelanggan di negara/wilayah lain:

    http://www.sony-asia.com/section/support

  5. Sambungkan pemacu kilat USB kepada port (USB) pada sistem audio rumah.
  6. Tekan butang OPTIONS.
  7. Tekan butang / berulang kali untuk memilih [SYSTEM], kemudian tekan butang (enter).
  8. Tekan butang / berulang kali untuk memilih [UPDATE], kemudian tekan butang (enter).
  9. Tekan butang / berulang kali untuk memilih [VIA USB], kemudian tekan butang (enter).
  10. Tekan butang / berulang kali untuk memilih [EXEC], kemudian tekan butang (enter).
  11. Tekan butang / berulang kali untuk memilih [YES], kemudian tekan butang (enter).

    Apabila kemas kini bermula, maklumat kemajuan kemas kini muncul pada paparan. Semasa mengemas kini, sistem audio rumah tidak boleh digunakan.

    Untuk keluar dari menu pilihan, tekan butang OPTIONS.

    [UPDATED] muncul pada paparan dan sistem audio rumah memasuki mod siap sedia atau mod siap sedia BLUETOOTH/Rangkaian secara automatik apabila pengemaskinian selesai.

    Apabila anda menghidupkan sistem audio rumah buat pertama kalinya selepas kemas kini, [UPDATED] muncul pada paparan.

Petua

  • Semasa kemas kini, maklumat kemajuan kemas kini muncul pada paparan dan [UPDATED] muncul pada paparan apabila kemas kini selesai. Jangan matikan sistem audio rumah semasa mengemas kini.

Nota

  • Apabila anda mengemas kini menggunakan pemacu kilat USB, kemas kini tidak boleh dihentikan. Jika pemacu kilat USB dialih keluar atau sistem audio rumah dicabut palam daripada bekalan kuasa semasa mengemas kini, sistem audio rumah tidak akan berfungsi dengan baik.
  • Pengemaskinian biasanya mengambil masa 3 hingga 10 minit.
  • Jangan kendalikan sistem audio rumah semasa mengemas kini. Selain itu, pastikan sistem audio rumah disambungkan kepada bekalan kuasa semasa mengemas kini.