Mendengar muzik dari perkhidmatan penstriman Internet (Chromecast built-in)

Anda boleh menikmati muzik daripada pelbagai perkhidmatan penstriman yang ditawarkan di Internet melalui telefon pintar, iPhone anda dan lain-lain dengan memasang SongPal.

Anda perlu memuat turun aplikasi perkhidmatan muzik yang didayakan Chromecast.

Jika anda telah memasang aplikasi yang didayakan Chromecast, pergi ke langkah . Jika anda belum menyediakan Chromecast built-in, ikuti langkah-langkah di bawah.

Untuk butiran mengenai Chromecast built-in, rujuk URL berikut:

http://www.google.com/cast/audio/learn/

Spesifikasi dan reka bentuk aplikasi boleh berubah tanpa notis.

  1. Ketik [SongPal] pada telefon pintar, iPhone anda dan lain-lain untuk memulakan aplikasi.

    SongPal

  2. Ketik [MHC-V90DW].

  3. Ketik [Settings].

  4. Ketik [Chromecast built-in].
  5. Ketik [Learn how to Cast].
  6. Lihat arahan, kemudian cari dan pasang aplikasi yang didayakan Chromecast pada telefon pintar/iPhone anda.
  7. Lancarkan aplikasi yang didayakan Chromecast.
  8. Ketik butang Cast, dan kemudian ketik [MHC-V90DW].

  9. Pilih dan mula mainkan satu lagu dalam aplikasi didayakan Chromecast dan laraskan kelantangan.

    Muzik akan kedengaran daripada sistem audio rumah.

Nota

  • Bergantung pada negara atau rantau, perkhidmatan muzik dan tempoh ketersediaannya mungkin berbeza. Pendaftaran berasingan diperlukan untuk perkhidmatan tertentu. Pengemaskinian peranti mungkin diperlukan.
  • Dalam beberapa keadaan, sistem audio rumah mungkin perlu diaktifkan oleh perkhidmatan muzik. Jika anda mengaktifkan sistem audio rumah, anda boleh menggunakan perkhidmatan muzik. Ikuti arahan pada aplikasi perkhidmatan muzik atau SongPal.
  • Perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak ketiga mungkin berubah, digantung atau ditamatkan tanpa notis terlebih dahulu. Sony tidak bertanggungjawab ke atas ini.