Mendengar muzik di PC melalui rangkaian (“Sony | Music Center for PC”)

Anda boleh berkongsi muzik di PC anda (fungsi pelayan) dengan aplikasi percuma “Sony | Music Center for PC” yang terpasang pada PC anda. Anda boleh mendengar muzik di PC anda daripada sistem audio rumah melalui rangkaian Wi-Fi.


Pasang atau kemas kini versi terbaru “Sony | Music Center for PC” pada PC anda terlebih dahulu.

Capai laman web berikut untuk memuat turun aplikasi. Anda mungkin perlu membayar yuran komunikasi, bergantung pada kontrak Internet anda.

http://www.sony.net/smc4pc/

Untuk butiran cara memasang aplikasi, ikuti arahan di laman web.


Spesifikasi dan reka bentuk aplikasi boleh berubah tanpa notis.

  1. Sambungkan sistem audio rumah dan PC kepada rangkaian yang sama.

    Sambungkan sistem audio rumah dan PC kepada SSID yang sama dengan penghala wayarles anda.

    Penunjuk NETWORK menyala putih apabila sistem audio rumah disambungkan kepada rangkaian anda.

  2. Sentuh kekunci NETWORK pada sistem audio rumah.

    Sistem audio rumah memasuki fungsi NETWORK.

  3. Mulakan “Sony | Music Center for PC” yang dipasang pada PC.
  4. Pilih [Settings] daripada menu [Tools].
  5. Klik [Audio output settings] dan tambahkan tanda rait pada kotak semak untuk [Network device] . Kemudian, klik [Settings...] .

  6. Pilih [MHC-V90DWxxxxxx (Sony Corporation)] daripada senarai di bawah [Select network device]. Kemudian, klik [OK] untuk menutup skrin.
  7. Pilih sebuah lagu untuk dimainkan dan laraskan kelantangan.

    Lagu terpilih akan kedengaran daripada sistem audio rumah.

Nota

  • Sebelum mendengar muzik, sambung telefon pintar/iPhone anda yang dipasang dengan SongPal kepada rangkaian yang sama seperti yang digunakan oleh sistem audio rumah dan PC.
  • Sistem audio rumah boleh memainkan fail format MP3, WMA, AAC, WAV, FLAC, ALAC, AIFF, dan DSD (hanya fail AAC dengan sambungan “.m4a,” “.mp4,” atau “.3gp” dapat dimainkan). Walaupun kadar bit dan format fail disokong, main semula bagi semua fail tidak dijamin. Mungkin ada perubahan spesifikasi.
  • Fail dengan perlindungan hak cipta DRM (Pengurusan Hak Digital) tidak boleh dimainkan pada sistem audio rumah. Untuk menyemak sama ada fail WMA dilindungi oleh DRM, klik kanan fail pada PC. Jika ada tab [License], fail dilindungi hak cipta DRM.
  • Apabila anda mendengar muzik melalui rangkaian rumah, ia mungkin mengambil sedikit masa untuk bermula, kerana setiap peranti serasi DLNA perlu mengecam komponen yang sedang digunakan.
  • Sesetengah kandungan mungkin tidak boleh dimainkan dengan produk yang disahkan DLNA.