Mendengar muzik di PC melalui rangkaian (Windows 8.1) (Windows Media Player)

Anda boleh menggunakan PC sebagai pengawal (peranti pengendali).

Muzik boleh dimainkan semula dengan menggunakan fungsi “Play To”, selepas memulakan Windows Media Player. Ikuti arahan pada skrin PC untuk mengendalikan.

  1. Sambungkan sistem audio rumah dan PC kepada rangkaian yang sama.

    Sambungkan sistem audio rumah dan PC kepada SSID penghala wayarles yang sama.

    Penunjuk NETWORK menyala putih apabila sistem audio rumah disambungkan kepada rangkaian anda.

  2. Sentuh kekunci NETWORK pada sistem audio rumah.

    Sistem audio rumah memasuki fungsi NETWORK.

    Sistem audio rumah juga boleh ditukar kepada fungsi NETWORK secara automatik dan bukan dengan menyentuh kekunci NETWORK, dengan memulakan Windows Media Player kemudian memainkan semula muzik menggunakan fungsi “Play To”.

  3. Klik atau ketik di bahagian bawah kiri skrin Start.
  4. Pilih [Windows Media Player].

  5. Klik kanan atau ketik dan tahan lagu untuk dimainkan.
  6. Pilih [Play To] dari menu.

    Senarai peranti muncul.

  7. Ketik [MHC-V90DW].

  8. Pilih sebuah lagu untuk dimainkan dan laraskan kelantangan.

    Lagu terpilih akan kedengaran daripada sistem audio rumah.

Petua

  • Selepas SongPal dimuat turun dan dipasang pada telefon pintar/iPhone anda, anda boleh menggunakan telefon pintar/iPhone anda sebagai alat kawalan jauh untuk mengendalikan peranti yang disambungkan kepada sistem audio rumah.

Nota

  • Prosedur yang diterangkan di atas adalah untuk panduan sahaja. Lazimnya, paras kelantangan pada PC dan sistem audio rumah tidak segerak. Walau bagaimanapun, bergantung pada versi Windows Media Player yang dipasang pada PC atau keadaan PC, paras kelantangan mungkin disegerak.
  • Sistem audio rumah boleh memainkan fail format MP3, WMA, AAC dan WAV (hanya fail AAC dengan sambungan “.m4a”, “.mp4” atau “.3gp” boleh dimainkan). Walaupun kadar bit dan format fail disokong, main semula bagi semua fail tidak dijamin. Mungkin ada perubahan spesifikasi.
  • Fail dengan perlindungan hak cipta DRM (Pengurusan Hak Digital) tidak boleh dimainkan pada sistem audio rumah. Untuk menyemak sama ada fail WMA dilindungi oleh DRM, klik kanan fail pada PC. Jika ada tab [License], fail dilindungi hak cipta DRM.
  • Apabila anda mendengar muzik melalui rangkaian rumah, ia mungkin mengambil sedikit masa untuk bermula, kerana setiap peranti serasi DLNA perlu mengecam komponen yang sedang digunakan.
  • Sesetengah kandungan mungkin tidak boleh dimainkan dengan produk yang disahkan DLNA.