DLNA (Digital Living Network Alliance)

Anda boleh mendengar muzik yang disimpan dalam pelayan DLNA (seperti PC) pada rangkaian rumah menggunakan sistem audio rumah.

Dengan menyambung peranti digital yang serasi DLNA antara satu sama lain dalam rangkaian, anda boleh memainkan semula muzik yang disimpan dalam pelayan DLNA dengan menggunakan pengawal DLNA.

Untuk menggunakan PC sebagai pelayan atau pengawal DLNA, anda perlu menetapkan PC.

Untuk mendengar muzik di pelayan DLNA (PC dan lain-lain) dengan mengendalikan telefon pintar, iPhone dan lain-lain.

Muat turun SongPal ke telefon pintar, iPhone anda dan lain-lain.

Aplikasi ini menyediakan persediaan sambungan Wi-Fi dengan sistem audio rumah dan membolehkan anda untuk memilih/memainkan muzik dalam pelayan DLNA (seperti PC).

Untuk butiran, lihat “Mendengar muzik di PC melalui rangkaian (“Sony | Music Center for PC” dengan operasi SongPal)”.

Untuk mendengar muzik dalam pelayan DLNA menggunakan PC anda sebagai pengawal

Anda boleh memainkan semula muzik yang disimpan dalam pelayan DLNA dengan mengendalikan PC anda.

Mulakan Windows Media Player di PC anda, kemudian main semula muzik dengan menggunakan fungsi “Play To” (Windows 8.1/Windows 7).

Ikuti arahan pada skrin PC untuk mengendalikan.

Untuk menggunakan PC sebagai pelayan atau pengawal DLNA, anda perlu menetapkan PC.

Untuk butiran, lihat “Menetapkan PC anda sebagai pelayan dan pengawal DLNA (Windows 8.1)/(Windows 7)”, “Mendengar muzik di PC melalui rangkaian (Windows Media Player) (Windows 8.1)/(Windows 7)/(“Sony | Music Center for PC”)”.

Nota

  • Sistem audio rumah boleh memainkan fail format MP3, Linear PCM, WMA, AAC, WAV, FLAC, ALAC dan AIFF (hanya fail AAC dengan sambungan “.m4a”, “.mp4” atau “.3gp” boleh dimainkan). Walaupun kadar bit dan format fail disokong, main semula bagi semua fail tidak dijamin.
  • Fail dengan perlindungan hak cipta DRM (Pengurusan Hak Digital) tidak boleh dimainkan pada sistem audio rumah. Untuk menyemak sama ada fail WMA dilindungi oleh DRM, klik kanan fail pada PC.
  • Apabila anda mendengar muzik melalui rangkaian rumah, ia mungkin mengambil sedikit masa untuk bermula, kerana setiap peranti serasi DLNA perlu mengecam komponen yang sedang digunakan.
  • Sesetengah kandungan mungkin tidak boleh dimainkan dengan produk yang disahkan DLNA.