Menggunakan fungsi Kawalan untuk HDMI
Menyambungkan TV yang serasi dengan fungsi Kawalan untuk HDMI * menggunakan kabel HDMI (Kabel HDMI Kelajuan Tinggi dengan Ethernet, tidak dibekalkan) membolehkan anda mengendalikan peranti dengan mudah menggunakan alat kawalan jauh TV.
Fungsi-fungsi berikut boleh digunakan dengan fungsi Kawalan untuk HDMI.
-
Fungsi Matikan Kuasa Sistem
-
Fungsi Kawalan Audio Sistem
-
Fungsi Saluran Pengembalian Audio (ARC)
-
Fungsi Main Satu Sentuhan
-
Fungsi Kawalan Jauh Mudah
-
Fungsi Language Follow
* Kawalan untuk HDMI ialah piawaian yang digunakan oleh CEC (Kawalan Elektronik Pengguna) untuk membolehkan peranti HDMI (High-Definition Interface Multimedia) mengawal satu sama lain.
Nota
- Fungsi-fungsi ini boleh digunakan pada peranti selain daripada yang dikeluarkan oleh Sony, tetapi operasinya tidak dijamin.
Untuk menggunakan fungsi Kawalan untuk HDMI
-
Tahan dan tekan SHIFT dan tekan SETUP.
Menu persediaan muncul pada skrin TV.
-
Tetapkan [HDMI SETUP] – [CONTROL FOR HDMI] kepada [ON].
Semasa pembelian, tetapan ini ditetapkan kepada [ON]. Untuk butiran, lihat Menu tetapan.
Dayakan tetapan fungsi Kawalan untuk HDMI bagi TV yang disambungkan ke sistem.
Jika anda mendayakan fungsi Kawalan untuk HDMI (“BRAVIA” Sync) apabila menggunakan TV yang dikeluarkan oleh Sony, fungsi Kawalan untuk HDMI bagi sistem juga akan didayakan secara automatik. Apabila tetapan selesai, [COMPLETE] akan muncul pada paparan.
Fungsi Matikan Kuasa Sistem
Apabila anda mematikan TV, sistem akan dimatikan secara automatik.
-
Tekan dan tahan SHIFT dan tekan SETUP.
Menu persediaan muncul pada skrin TV.
-
Tetapkan [HDMI SETUP] – [STANDBY LINKED TO TV] kepada [ON] atau [AUTO].
Semasa pembelian, tetapan ini ditetapkan kepada [AUTO]. Untuk butiran, lihat Menu tetapan.
Nota
- Peranti yang tersambung mungkin tidak dimatikan bergantung pada status peranti.
Fungsi Kawalan Audio Sistem
Jika anda menghidupkan sistem semasa anda menonton TV, bunyi TV akan dikeluarkan dari pembesar suara sistem. Kelantangan sistem boleh dilaraskan menggunakan alat kawalan jauh TV.
Jika bunyi TV dikeluarkan dari pembesar suara sistem pada waktu anda menonton TV sebelum ini, sistem akan dihidupkan secara automatik apabila anda menghidupkan TV selepas ini.
Kendalian juga boleh dibuat melalui menu TV. Untuk butiran, rujuk arahan pengendalian TV anda.
Nota
- Aras kelantangan sistem dipaparkan pada skrin TV bergantung pada TV. Ia mungkin berbeza daripada aras kelantangan pada paparan.
- Bergantung pada tetapan TV, fungsi Kawalan Audio Sistem mungkin tidak tersedia. Untuk butiran, rujuk arahan pengendalian TV anda.
Fungsi Saluran Pengembalian Audio (ARC)
Jika sistem disambungkan ke penyambung HDMI IN TV yang serasi dengan fungsi Saluran Pengembalian Audio (ARC), anda boleh mendengar bunyi TV daripada pembesar suara sistem tanpa menyambung kabel audio (tidak dibekalkan).
-
Tekan dan tahan SHIFT dan tekan SETUP.
Menu persediaan muncul pada skrin TV.
-
Tetapkan [HDMI SETUP] – [AUDIO RETURN CHANNEL] kepada [ON].
Semasa pembelian, tetapan ini ditetapkan kepada [ON]. Untuk butiran, lihat Menu tetapan.
Nota
- Jika TV tidak serasi dengan fungsi Saluran Pengembalian Audio (ARC), kabel audio (tidak dibekalkan) perlu disambungkan.
Fungsi Main Satu Sentuhan
Apabila anda menekan(main) dalam fungsi DVD/CD atau USB, TV dihidupkan secara automatik. Input TV ditukar kepada input HDMI yang disambungkan kepada sistem.
Nota
- Bergantung pada TV, bahagian awal kandungan yang sedang dimainkan mungkin tidak dimainkan dengan betul
Fungsi Kawalan Jauh Mudah
Anda boleh memilih sistem menggunakan SYNC MENU dan mengoperasikan sistem.
Fungsi ini boleh digunakan jika TV menyokong menu pautan. Untuk butiran, rujuk arahan pengendalian TV anda.
Nota
-
Dalam menu pautan TV, sistem ini dikenali oleh TV sebagai “Pemain”.
-
Sesetengah operasi mungkin tidak tersedia bagi sesetengah TV.
Fungsi Language Follow
Apabila anda menukar bahasa untuk paparan pada skrin TV, bahasa paparan pada skrin sistem juga berubah.