Membataskan main balik cakera (Kawalan Ibu Bapa)

Anda boleh membataskan main balik DVD VIDEO mengikut aras pratentu. Adegan mungkin dilangkau atau digantikan dengan adegan yang lain.

  1. Semasa main balik dihentikan, tekan dan tahan SHIFT dan tekan SETUP.
  2. Tekan(atas)/(bawah) berulang kali untuk memilih [SYSTEM SETUP], kemudian tekan(masuk).
  3. Tekan(atas)/(bawah) berulang kali untuk memilih [PARENTAL CONTROL], kemudian tekan(masuk).
  4. Tekan dan tahan SHIFT dan tekan Butang-butang angka untuk memasukkan atau memasukkan semula kata laluan 4 digit anda, kemudian tekan(masuk).
  5. Tekan(atas)/(bawah) berulang kali untuk memilih [STANDARD], kemudian tekan(masuk).
  6. Tekan(atas)/(bawah) berulang kali untuk memilih kawasan geografi sebagai aras pengehadan main balik, kemudian tekan(masuk).

    Kawasan dipilih.

    Apabila anda memilih [OTHERS ], masukkan kod kawasan bagi kawasan geografi yang anda mahu menurut Senarai kod kawasan Kawalan Ibu Bapa dengan menekan dan menahan SHIFT dan menekan Butang-butang angka.

  7. Tekan(atas)/(bawah) berulang kali untuk memilih [LEVEL], kemudian tekan(masuk).
  8. Tekan(atas)/(bawah) berulang kali untuk memilih tahap yang anda mahu, kemudian tekan(masuk).

    Lebih rendah nilai, lebih ketat pembatasan.

Untuk mematikan fungsi kawalan ibu bapa

Tetapkan [LEVEL] kepad [OFF] dalam langkahnombor 8.

Untuk memainkan balik cakera yang mana fungsi kawalan ibu bapa ditetapkan

  1. Muatkan cakera dan tekan(main).

    Paparan untuk memasukkan kata laluan anda muncul pada skrin TV.

  2. Tekan dan tahan SHIFT dan tekan Butang-butang angka untuk memasukkan atau memasukkan semula kata laluan 4 digit anda, kemudian tekan(masuk).

    Sistem memulakan main balik.

Jika anda terlupa kata laluan anda

  1. Keluarkan cakera dan ulang langkahnombor 1hingganombor 3.

  2. Tekan dan tahan SHIFT dan tekan Butang-butang angka untuk memasukkan kata laluan [199703], kemudian tekan(masuk).

  3. Ikut arahan pada skrin dan masukkan kata laluan 4 digit yang baharu.

  4. Muatkan semula cakera dan tekan(main).

    Anda perlu memasukkan kata laluan baharu anda sekali lagi.