Menghidupkan atau mematikan isyarat BLUETOOTH

Anda boleh menyambung kepada sistem dari peranti BLUETOOTH yang berpasangan apabila isyarat BLUETOOTH sistem ditetapkan kepada hidup. Semasa pembelian, tetapan ini ditetapkan kepada hidup.

  1. Tekan dan tahan MEGA BASS dan MIC/GUITAR LEVEL + pada sistem selama kira-kira 3 saat.

    [BT ON] atau [BT OFF] muncul pada paparan.

Nota

  • Anda tidak boleh melakukan operasi berikut apabila isyarat BLUETOOTH ditetapkan kepada mati:

    • Berpasangan dan/atau menyambung dengan peranti BLUETOOTH.

    • Menggunakan “Sony | Music Center”.

    • Tukar codec audio BLUETOOTH.

  • Jika anda menyentuh N-Mark pada sistem dengan peranti BLUETOOTH serasi NFC atau menetapkan mod tunggu sedia BLUETOOTH kepada hidup, isyarat BLUETOOTH akan ditetapkan kepada hidup secara automatik.