Mencapai dan berkongsi Party People ranking serta mendapatkan ciri-ciri bonus (Party King)
Sistem ini mempunyai ciri unik yang merekod penggunaan sistem anda secara automatik.
Berdasarkan penggunaan anda, sistem akan memberikan anda penarafan Party People ranking mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Semakin kerap anda menggunakan sistem ini, semakin tinggi penarafan yang anda akan capai.
Sebaik sahaja anda mencapai penarafan Party People ranking tertentu, anda boleh berkongsi pencapaian anda melalui media sosial.
Sistem ini juga akan menganugerahkan pencapaian anda dengan ciri-ciri bonus.
Nota
-
Untuk menggunakan ciri ini, pastikan “Sony | Music Center” dan “Fiestable” telah dipasang pada peranti anda.
-
Wujudkan sambungan BLUETOOTH antara sistem dan peranti anda.
-
Lancarkan “Sony | Music Center” dan sentuh ikon “Fiestable”.
Anda boleh menyemak penarafan semasa anda, meneroka ciri-ciri bonus dan juga mengetahui cara untuk mencapai penarafan seterusnya.

