Cakera atau fail yang boleh dimainkan pada cakera/peranti USB

Sistem menyokong format fail dan cakera yang berikut.

Cakera yang boleh dimainkan

  • DVD VIDEO

  • DVD-R/-RW dalam format DVD VIDEO atau mod video

  • DVD+R/+RW dalam format DVD VIDEO

  • VIDEO CD (Versi cakera 1.0, 1.1, dan 2.0)

  • Super VCD

  • CD-R/-RW/-ROM dalam format VIDEO CD atau format super VCD

  • AUDIO CD

  • CD-R/-RW dalam format AUDIO CD

  • CD-R/-RW/-ROM dalam format DATA CD*1 yang mempunyai fail MP3 (.mp3)*2*3, fail MPEG4 (.mp4/ .m4v)*3*4, fail Xvid (.avi) dan mematuhi Tahap 1/Tahap 2 ISO 9660*5 atau Joliet (format lanjutan).

  • DVD-R/-RW/-ROM/+R/+RW dalam format DATA DVD*1 yang mengandungi fail MP3 (.mp3)*2*3, fail MPEG4(.mp4/.m4v)*3*4*6, fail Xvid (.avi)*6*7 dan mematuhi UDF (Format Cakera Universal).

Fail yang boleh dimainkan pada peranti USB

  • Muzik:

    Fail MP3 (.mp3)*2*3, fail WMA (.wma)*3*8, fail AAC (.m4a/.mp4/.3gp)*3*9, fail WAV (.wav)*3

  • Video:

    Fail MPEG4 (.mp4/.m4v)*3*4*6, fail Xvid (.avi)*6*7

*1 DATA CD/DATA DVD yang dicipta dalam format Tulis Paket atau yang belum dimuktamadkan dengan betul tidak boleh dimainkan balik.

*2 MP3 (MPEG 1 Audio Layer 3) adalah format standard yang ditakrifkan oleh ISO/MPEG untuk data audio termampat. Fail MP3 mestilah dalam format MPEG 1 Audio Layer 3. Fail audio MP3 PRO boleh dimainkan balik sebagai fail MP3.

*3 Fail dengan perlindungan hak cipta (Pengurusan Hak Digital) tidak boleh dimainkan balik oleh sistem.

*4 Fail MPEG4 mestilah dirakamkan dalam format fail MP4. Codec video dan codec audio yang disokong adalah seperti berikut:
- Codec video: MPEG4 Profil Ringkas (AVC tidak disokong.)
- Codec audio: AAC-LC (HE-AAC tidak disokong.)

*5 Format logik bagi fail dan folder pada CD-ROM, ditakrifkan oleh ISO (Organisasi Piawai Antarabangsa).

*6 Fail video yang lebih besar daripada piksel 720 (lebar) x 576 (tinggi) atau dengan nisbah lebar kepada panjang yang tinggi tidak boleh dimain semula.

*7 Fail Xvid yang melebihi dari 2 jam atau fail yang digabungkan daripada dua atau lebih fail Xvid mungkin tidak dapat dimainkan semula.

*8 Fail WMA dalam format WMA DRM, WMA Lossless, atau WMA PRO tidak dapat dimainkan balik.

*9 FailAAC dalam format AAC DRM dan AAC Lossless atau yang telah dikodkan pada 96 kHz tidak dapat dimainkan balik.

Nota

  • Sistem ini akan cuba memainkan balik apa-apa data dengan sambungan di atas, walaupun ia bukan dalam format yang disokong. Memainkan data ini boleh menjana bunyi kuat yang boleh merosakkan sistem pembesar suara anda.

  • Anda tidak boleh memainkan balik cakera/fail yang berikut:

    • CPRM (Perlindungan Kandungan untuk Media yang Boleh Dirakam) yang serasi dengan DVD-R/-RW dirakamkan dalam atur cara Copy-Once

    • Cakera yang tidak mempunyai bentuk standard (misalnya, hati, segi empat sama, bintang)

    • Cakera yang terlekat padanya pita pelekat, kertas, atau pelekat

    • Fail tersulit atau dilindungi dengan kata laluan.

Nota tentang CD-R/-RW dan DVD-R/-RW/+R/+RW

  • Dalam keadaan tertentu, CD-R/-RW dan DVD-R/-RW/+R/+RW tidak boleh dimainkan balik pada sistem ini disebabkan kualiti rakaman atau keadaan fizikal cakera tersebut, atau ciri-ciri peranti rakaman dan perisian pengarangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk arahan pengendalian peranti rakaman.

  • Sesetengah fungsi main balik mungkin tidak berfungsi dengan sesetengah DVD+R/+RW, walaupun ia telah dimuktamadkan dengan betul. Dalam keadaan ini, lihat cakera dengan main balik normal.

Nota tentang cakera

  • Produk ini direka bentuk untuk memainkan balik cakera yang mematuhi piawaian Cakera Padat (CD).

  • DualDisc dan sesetengah cakera muzik yang dikodkan dengan teknologi perlindungan hak cipta tidak mematuhi piawaian CD. Oleh itu, cakera ini mungkin tidak serasi dengan produk ini.

Nota tentang cakera berbilang sesi

Sistem ini boleh memainkan balik sesi berterusan pada cakera yang dirakam dengan format yang sama seperti sesi pertama. Walau bagaimanapun, main balik tidak dijamin.

Nota tentang pengendalian main balik DVD VIDEO dan VIDEO CD

Sesetengah operasi main balik untuk DVD VIDEO atau VIDEO CD mungkin sengaja dibataskan oleh pengeluar perisian. Oleh itu, beberapa ciri main balik mungkin tidak tersedia. Pastikan untuk membaca arahan pengendalian bagi DVD VIDEO atau VIDEO CD.

Nota tentang fail yang boleh dimainkan

  • Main balik mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk mula sekiranya:

    • peranti DATA CD/DATA DVD/USB dirakam dengan struktur pepohon yang rumit.

    • fail audio atau fail video dalam folder lain baru sahaja dimainkan balik.

    • banyak folder atau fail pada peranti USB.

  • Sistem ini boleh memainkan balik DATA CD/DATA DVD atau peranti USB dalam keadaan yang berikut:

    • Sehingga kedalaman 8 folder

    • Sehingga 300 folder

    • Sehingga 999 fail dalam satu cakera

    • Sehingga 2,000 fail dalam peranti USB

    • Sehingga 650 fail dalam satu folder

    Bilangan ini mungkin berbeza bergantung pada konfigurasi fail atau folder.

  • Folder yang tidak mempunyai fail audio atau fail video dilangkau.

  • Fail yang dipindahkan oleh peranti seperti komputer mungkin tidak boleh dimainkan balik mengikut urutan ia dipindahkan.

  • Tertib main balik mungkin tidak dipakai bergantung pada perisian yang digunakan untuk mencipta fail audio atau fail video.

  • Keserasian dengan semua perisian pengekodan/penulisan bagi format yang disokong, peranti rakaman, dan media rakaman tidak dapat dijamin.

  • Bergantung pada fail Xvid, gambar mungkin tidak jelas atau bunyi boleh melangkau.

Nota tentang peranti USB

  • Sistem ini tidak dijamin untuk beroperasi dengan semua peranti USB.

  • Jangan menyambungkan sistem dengan peranti USB melalui hab USB.

  • Bagi sesetengah peranti USB yang disambungkan, sistem ini mungkin akan mengambil sedikit masa sebelum ia dapat melaksanakan sesebuah operasi.

  • Tertib main balik untuk sistem mungkin berbeza daripada tertib main balik peranti USB yang tersambung.

  • Sebelum menggunakan peranti USB, pastikan peranti USB tidak mempunyai fail yang dijangkiti virus.