Memainkan dram (Taiko)
Anda boleh memainkan dram maya menggunakan panel atas sistem sebagai pad dram.
Nota
-
Ketik panel atas dengan lembut menggunakan tangan anda. Jangan gunakan item lain, seperti kayu kerana ia akan mencalarkan permukaan panel atas.
-
Tekanan yang anda kenakan apabila mengetik panel atas tidak akan memberikan kesan pada tahap kelantangan dalam mod Taiko.
-
Apabila anda mengaktifkan mod Taiko, kelantangan Taiko mengikuti tahap kelantangan sistem semasa.
-
Semasa mod Taiko, kawalan pada sistem dinyahaktifkan kecuali
(kuasa) dan TAIKO. Gunakan butang pada alat kawalan jauh untuk menukar fungsi atau kelantangan sumber muzik.
-
Tekan TAIKO pada sistem berulang kali untuk memilih [TAIKO].
Panel atas menyala dalam 4 warna berbeza mengikut zon.
-
Ketik pada zon 1, 2, 3 atau 4 atau seret tangan anda ke atas penderia GESTURE CONTROL.
Gerakan seretan tersedia:
-
Kanan ke kiri (
) -
Kiri ke kanan (
) -
Bawah ke atas (
) -
Atas ke bawah (
)
-
-
Seret tangan anda ke atas penderia GESTURE CONTROL mengikut arah jam (
) atau melawan arah jam (
) untuk melaraskan kelantangan bunyi.
Dalam permainan ini, anda perlu mengetik panel atas mengikut corak panduan pencahayaan (
) yang muncul pada sekitar penderia GESTURE CONTROL. Skor anda dikira daripada skala 0 hingga 100 berdasarkan bilangan aksi tepat yang dilakukan.
: Panduan pencahayaan
-
Tekan TAIKO pada sistem berulang kali sehingga [GAME 5] berkelip pada paparan.
Sistem mengira undur dalam masa 5 saat dan permainan bermula apabila [START] berkelip pada paparan.
-
Ketik zon 1, 2, 3 atau 4 mengikut corak panduan pencahayaan.
Panduan pencahayaan akan berkelip 3 kali.
Anda perlu ketik zon yang betul pada kali ketiga ia berkelip.
Contoh ketikan untuk zon 4
-
Periksa panduan pencahayaan yang berkelip dalam corak hijau.
-
Panduan pencahayaan berkelip sekali lagi dalam corak hijau yang sama.
-
Ketik zon yang berkaitan dengan panduan pencahayaan yang berkelip pada waktu yang tepat apabila warna kelipan bertukar daripada hijau kepada biru.
Pastikan anda ketik zon yang betul pada waktu yang tepat apabila panduan pencahayaan berkelip dalam warna biru.
Corak panduan pencahayaan Zon yang perlu anda ketik
1
2
3
4 -
-
Terus bermain permainan selama 50 saat.
Skor muncul pada paparan selepas anda menyelesaikan permainan.
Untuk menyahaktifkan permainan Taiko
Tekan TAIKO pada sistem berulang kalu sehingga panduan pencahayaan padam.

