Memainkan peranti USB

  1. Tekan FUNCTION berulang kali untuk memilih [USB].
  2. Sambungkan peranti USB ke port(USB) pada sistem.
  3. Tekan MEDIA MODE untuk memilih [MUSIC] atau [VIDEO].
  4. Tekan(main) untuk memulakan main balik.

Pengendalian lain

Bergantung pada jenis fail, fungsi mungkin tidak berkesan.

Untuk Lakukan ini
Menghentikan main balik Tekan(henti).
Menjeda main balik Tekan(jeda).
Menyambung semula main balik atau kembali kepada main balik normal Tekan(main).
Membatalkan titik sambung semula Tekan(henti) dua kali.
Pilih fail Tekan(sebelumnya) atau(seterusnya) semasa main balik.
Atau, tekan dan tahan SHIFT dan tekan butang angka, kemudian tekan(masuk).
Memilih folder Tekan(folder) -/+ berulang kali.
Mencari titik dengan pantas dalam ke depan pantas atau undur pantas (Gelintar Kunci) Tekan(undur pantas) atau(ke depan pantas) semasa main balik. Tekan(main) untuk sambung semula main balik. Setiap kali anda menekan(undur pantas) atau(ke depan pantas), kelajuan main balik berubah.
Menukar hasil bunyi

Tekan AUDIO berulang kali semasa main balik.

  • [STEREO]: Bunyi stereo

  • [1/L]/[2/R]: Bunyi mono saluran kiri atau kanan

Untuk main dari fail tertentu

  1. Tekan MEDIA MODE berulang kali untuk memilih [MUSIC] atau [VIDEO] pada skrin TV.

  2. Tekan SEARCH untuk memaparkan senarai folder pada skrin TV.

  3. Tekan(atas)/(bawah) berulang kali untuk memilih folder yang anda mahu.

  4. Tekan(masuk) untuk memaparkan senarai fail pada skrin TV.

    Untuk kembali ke senarai folder, tekan RETURN.

  5. Tekan (atas)/(bawah) berulang kali untuk memilih folder yang anda mahu, kemudian tekan(masuk).

Nota

  • Anda boleh menggunakan penyesuai USB (tidak dibekalkan) untuk menyambungkan peranti USB ke sistem jika peranti USB tidak boleh dipalamkan ke dalam port(USB) pada sistem.