Menggunakan mod main

Bergantung pada jenis fail, fungsi mungkin tidak berkesan.

Main dalam susunan berturutan atau susunan rawak (Main Normal/Main Rawak) (untuk USB)

Semasa main balik dihentikan, tekan PLAY MODE berulang kali.

  • [ONE USB DEVICE]*: Memainkan peranti USB.

  • [FOLDER]: Memainkan semua fail yang boleh dimainkan dalam folder yang ditetapkan pada peranti USB.

  • [ONE USB DEVICE (SHUFFLE)]: Merawakkan semua fail audio pada peranti USB.

  • [FOLDER (SHUFFLE)]: Merawakkan semua fail audio dalam folder yang ditetapkan pada peranti USB.

* Tetapan lalai

Nota

  • [FLDR] dan [SHUF] padam pada paparan apabila Main Normal disetkan kepada [ONE USB DEVICE].

  • [FLDR] menyala pada paparan apabila Main Normal disetkan kepada [FOLDER].

  • [SHUF] menyala pada paparan apabila Main Rawak disetkan kepada [ONE USB DEVICE (SHUFFLE)].

  • [FLDR] dan [SHUF] menyala pada paparan apabila Main Rawak disetkan kepada [FOLDER (SHUFFLE)].

  • Main Rawak tidak boleh dilakukan untuk fail video.

  • Main Rawak dibatalkan apabila anda:

    • melakukan Pindah Segerak.

    • menukar tetapan MEDIA MODE.

  • Main Rawak boleh dibatalkan apabila anda memilih folder untuk dimainkan balik.

Bermain berulang kali (Main Ulang) (untuk USB)

Tekan REPEAT/FM MODE berulang kali.

Bergantung pada jenis fail, sesetengah tetapan mungkin tidak tersedia.

  • [OFF]*: Tidak dimain balik berulang kali.

  • [ALL]: Mengulangi semua fail dalam mod main yang dipilih.

  • [TRACK]: Mengulangi fail audio semasa.

  • [FILE]: Mengulangi fail video semasa.

* Tetapan lalai

Untuk membatalkan Main Ulang

Tekan REPEAT/FM MODE berulang kali untuk memilih [OFF].

Nota

  • [ikon ulang] menyala pada paparan apabila Main Ulang disetkan kepada [ALL].

  • [gabungan ikon ulang dan ikon nombor 1] menyala pada paparan apabila Main Ulang disetkan kepada [TRACK] atau [FILE].

  • Main Ulang dibatalkan apabila anda:

    • melakukan Pindah Segerak.

    • menukar tetapan MEDIA MODE.