Pelbagai operasi main balik cakera
Bergantung pada cakera atau fail, fungsi mungkin tidak berkesan.
Mencari runut tertentu (untuk AUDIO CD)
Tekan dan tahan SHIFT dan tekan Butang-butang angka untuk memilih runut yang anda mahu, kemudian tekan
(masuk).
Mencari judul/bab/adegan/runut/indeks tertentu (untuk DVD VIDEO/VIDEO CD)
-
Tekan SEARCH berulang kali semasa main balik untuk memilih mod gelintar.
-
Tekan dan tahan SHIFT dan tekan Butang-butang angka untuk memasukkan judul, bab, adegan, runut, atau nombor indeks yang anda mahu, kemudian tekan
(masuk).Main balik bermula.
Nota
-
Untuk VIDEO CD dengan main balik PBC, tekan SEARCH untuk mencari adegan.
-
Untuk VIDEO CD tanpa main balik PBC, tekan SEARCH untuk mencari runut dan indeks.
Untuk mencari titik tertentu menggunakan kod masa (untuk DVD VIDEO)
-
Tekan SEARCH berulang kali semasa main balik untuk memilih mod gelintar masa.
-
Tekan dan tahan SHIFT dan tekan butang-butang angka untuk memasukkan kod masa, kemudian tekan
(masuk).Contoh: Untuk mencari adegan pada 2 jam, 10 minit, dan 20 saat, tekan dan tahan butang SHIFT dan tekan 2, 1, 0, 2, 0 ([2:10:20]).
Jika anda membuat kesilapan, tekan dan tahan SHIFT dan tekan CLEAR untuk membatalkan nombor.
Untuk mencari menggunakan menu DVD (untuk DVD VIDEO)
-
Tekan DVD/TUNER MENU.
-
Tekan
(atas)/
(bawah)/
(kiri)/
(kanan), atau tekan dan tahan butang SHIFT dan tekan butang-butang angka, untuk memilih judul atau item yang anda mahu, kemudian tekan
(masuk).
Mengubah sudut kamera (untuk DVD VIDEO)
Tekan ANGLE berulang kali semasa main balik untuk memilih sudut kamera yang anda mahu.
Memilih tetapan sari kata (untuk DVD VIDEO)
Tekan SUBTITLE berulang kali semasa main balik untuk memilih bahasa sari kata yang anda mahu atau mematikan sari kata.
Menukar bahasa/bunyi (untuk DVD VIDEO/VIDEO CD/AUDIO CD/DATA CD/DATA DVD)
Tekan AUDIO berulang kali semasa main balik untuk memilih format atau mod audio yang anda mahu.
DVD VIDEO
Anda boleh memilih format atau bahasa audio apabila sumber mengandungi format audio berbilang atau audio berbilang bahasa.
Apabila 4 digit dipaparkan, ia menunjukkan kod bahasa. Lihat Senarai kod bahasa untuk mengetahui bahasa yang diwakili oleh setiap kod. Apabila bahasa yang sama dipaparkan dua kali atau lebih, DVD VIDEO dirakam dalam format berbilang audio.
VIDEO CD/AUDIO CD/fail audio
Anda boleh menukar output bunyi.
-
[STEREO]*: Bunyi stereo.
-
[1/L]/[2/R]: Bunyi mono saluran kiri atau kanan.
SUPER VIDEO CD
-
[1:STEREO]*: Bunyi stereo runut audio 1.
-
[1:1/L]/[1:2/R]: Bunyi mono saluran kiri atau kanan runut audio 1.
-
[2:STEREO]: Bunyi stereo runut audio 2.
-
[2:1/L]/[2:2/R]: Bunyi mono saluran kiri atau kanan runut audio 2.
* Tetapan lalai
Memainkan VIDEO CD dengan fungsi PBC (untuk VIDEO CD)
Anda boleh menggunakan menu PBC (Kawalan Main Balik) untuk menikmati ciri-ciri interaktif VIDEO CD (VIDEO CD Versi 2.0 dan Super VCD).
-
Tekan
(main) untuk memainkan VIDEO CD dengan fungsi PBC.Menu PBC muncul pada skrin TV.
-
Tekan dan tahan SHIFT dan tekan butang angka untuk memilih nombor item yang anda mahu, kemudian tekan
(masuk). -
Teruskan main balik mengikut arahan pada menu.
Nota
-
Main balik PBC dibatalkan apabila Main Ulang diaktifkan.
Untuk membatalkan main balik PBC
-
Tekan
(sebelumnya) atau
(seterusnya), atau tekan dan tahan SHIFT dan tekan Butang-butang angka untuk memilih runut semasa main balik dihentikan. -
Tekan
(main) atau
(masuk).Main balik bermula dari runut yang dipilih.
Untuk kembali kepada main balik PBC
Tekan
(henti) dua kali, kemudian tekan
(main).
Main sambung semula berbilang cakera (untuk DVD VIDEO/VIDEO CD)
Sistem ini boleh menyimpan titik sambung semula main balik sehingga 6 cakera dan menyambung semula main balik apabila anda memasukkan cakera yang sama sekali lagi. Jika anda menyimpan titik sambung semula main balik untuk cakera ke-7, titik sambung semula bagi cakera pertama akan dihapuskan. Untuk mengaktifkan fungsi ini, tetapkan [MULTI-DISC RESUME] dalam [SYSTEM SETUP] kepada [ON].
Nota
-
Untuk memain balik dari permulaan cakera, tekan
(henti) dua kali, kemudian tekan
(main).

