Memadamkan fail atau folder audio pada peranti USB

Anda boleh memadamkan fail atau folder audio pada peranti USB yang bersambung dengan sistem.

  1. Tekan FUNCTION berulang kali untuk memilih [USB].
  2. Tekan MEDIA MODE berulang kali untuk memilih [MUSIC].
  3. Semasa main balik dihentikan, tekan OPTIONS.

    Menu pilihan muncul pada paparan.

  4. Tekan(atas)/(bawah) berulang kali untuk memilih [ERASE], kemudian tekan(masuk).

    Senarai folder dipaparkan pada skrin TV.

  5. Tekan(atas)/(bawah) berulang kali untuk memilih folder, kemudian tekan(masuk).

    Senarai fail dipaparkan pada skrin TV.

  6. Tekan(atas)/(bawah) berulang kali untuk memilih audio fail yang anda mahu padamkan, kemudian tekan(masuk).

    Jika anda mahu memadamkan semua fail audio dalam folder tersebut, pilih [ALL TRACKS] pada senarai.

    [FOLDER ERASE] atau [TRACK ERASE] dan [PUSH ENTER] muncul pada paparan.

    Untuk membatalkan operasi padam, tekan(henti).

  7. Tekan(masuk).

    [COMPLETE] muncul pada paparan.

    Untuk keluar dari menu pilihan, tekan OPTIONS.

Nota

  • Anda boleh memadam fail audio yang disokong, fail format MP4, dan fail format 3GP sahaja.

  • Anda tidak boleh memadam fail audio atau folder apabila Main Rawak dipilih. Tetapkan mod main kepada Main Normal sebelum memadam.

  • Operasi padam dilarang semasa dulang cakera terbuka.

  • Jangan tanggalkan peranti USB semasa operasi padam.