Memasang TV
Sebelum menyambungkan kabel, pastikan anda menanggalkan kord kuasa AC (bahagian utama).
: Kabel HDMI Kelajuan Tinggi dengan Ethernet (tidak dibekalkan)
: Kabel audio (tidak dibekalkan)
Pilih kaedah sambungan mengikut penyambung pada TV anda.
| Penyambung input yang tersedia pada TV anda | Penyambung HDMI dengan “ARC”*1 | Penyambung HDMI tanpa “ARC” | Tanpa Penyambung HDMI |
| Untuk menonton video |
|
|
Tidak tersedia |
| Untuk mendengar bunyi TV*2 |
|
|
|
*1 Fungsi Saluran Pengembalian Audio (ARC) membolehkan TV mengeluarkan bunyi melalui sistem dengan hanya sambungan kabel HDMI. Untuk menetapkan fungsi ARC pada sistem ini, lihat Menu tetapan. Untuk memeriksa keserasian fungsi ARC TV anda, rujuk pada arahan pengendalian yang dibekalkan dengan TV anda.
*2 Untuk mendengar bunyi TV, tekan FUNCTION berulang kali untuk memilih [TV].
Untuk menukar warna sistem (Kecuali untuk model Amerika Latin, Brazil, Eropah dan Rusia)
Tetapkan sistem warna bergantung pada sistem warna TV anda.
Setiap kali anda melakukan tatacara di bawah ini, sistem warna berubah seperti berikut:
NTSC
PAL
Gunakan kawalan pada sistem untuk melaksanakan operasi ini.
-
Tekan
(kuasa) untuk menghidupkan sistem. -
Sentuh FUNCTION berulang kali untuk memilih [DVD/CD].
-
Tekan dan tahan MIC ECHO dan MEGA BASS selama lebih daripada 3 saat.
[NTSC] atau [PAL] muncul pada paparan.
Petua
-
Anda juga boleh menikmati bunyi kelengkapan audio/video melalui sistem. (Lihat Mendengar muzik dari peranti audio luaran, dsb..)
-
Jika aras output audio dari sistem adalah rendah semasa menyambungkan kelengkapan pilihan, cuba laraskan tetapan output audio pada kelengkapan yang tersambung. Ini boleh meningkatkan aras output audio. Untuk butiran, sila rujuk arahan pengendalian kelengkapan anda.
Nota
-
Jangan menyambungkan sistem ini ke TV melalui dek video.
-
Apabila isyarat audio yang diinput ke Penyambung HDMI OUT (TV) ARC sistem adalah yang selain daripada isyarat PCM Linear 2 saluran, mesej [CODE 01] dan [SGNL ERR] muncul pada paparan sistem. (Lihat Tentang mesej.)

