Menyanyi karaoke

Anda boleh menyanyi karaoke menggunakan fungsi Karaoke.

  1. Tekan MIC LEVEL - (atau sentuh MIC/GUITAR LEVEL - pada sistem) berulang kali untuk mengurangkan aras kelantangan mikrofon ke aras minimum.
  2. Sentuh GUITAR pada sistem berulang kali untuk memilih [OFF].
  3. Sambungkan mikrofon (tidak dibekalkan) kepada jek MIC1 atau MIC2/GUITAR pada sistem.

    Sambungkan mikrofon pilihan yang lain jika anda mahu menyanyi secara berduet.

  4. Mula mainkan muzik dan laraskan kelantangan mikrofon.

    Tekan MIC ECHO berulang kali untuk melaraskan kesan gema.

  5. Mula menyanyi bersama-sama dengan muzik.

Nota

  • Sekiranya bunyi adalah terlalu kuat, sistem akan mengurangkan bunyi mikrofon secara automatik selama beberapa saat.

  • Sekiranya bunyi terlalu kuat ini berterusan, lakukan seperti berikut:

    • Alihkan mikrofon jauh dari sistem.

    • Tukar arah mikrofon.

    • Tekan MIC LEVEL - (atau sentuh MIC/GUITAR LEVEL - pada sistem) berulang kali.

    • Tekan MIC ECHO berulang kali untuk melaraskan aras gema.

  • Bunyi mikrofon tidak akan dipindahkan ke peranti USB semasa pemindahan USB.

  • Anda tidak boleh melaraskan aras kelantangan mikrofon menggunakan (kelantangan) +/- (VOLUME -/+ pada sistem). Tekan MIC LEVEL +/- (atau sentuh MIC/GUITAR LEVEL -/+ pada sistem) berulang kali untuk melaraskan aras kelantangan mikrofon.

  • Apabila menggunakan fungsi Party Chain Wayarles atau fungsi Stereo Pair, bunyi dari mikrofon hanyalah output dari sistem yang menyambung dengan mikrofon.

  • Jika bunyi melalui mikrofon adalah sangat kuat, bunyi tersebut mungkin menjadi terherot. Tekan MIC LEVEL - (atau sentuh MIC/GUITAR LEVEL - pada sistem) berulang kali untuk mengurangkan kelantangan mikrofon.