Mengecas pembesar suara

Pembesar suara boleh beroperasi menggunakan kuasa daripada outlet AC yang disambungkan oleh kord kuasa AC (salur utama) atau daripada bateri ion litium ion terbina dalam yang boleh dicas semula.

Apabila menggunakan pembesar suara untuk kali pertama, pastikan anda mengecas bateri terbina dalam selama lebih daripada 1 jam sebelum menghidupkan pembesar suara.

Dengan mengecas bateri terbina dalam lebih awal, anda boleh mengoperasikan pembesar suara dengan hanya menggunakan kuasa bateri.

Petua

  • Mod “caj biasa” dan “Battery Care” tersedia sebagai pilihan untuk mengecas bateri terbina dalam pembesar suara. Mod Battery Care mengehadkan kapasiti caj maksimum kepada kira-kira 90% dan menjadikan bateri dapat bertahan lebih lama. Masa main balik yang tersedia dalam mod ini adalah lebih pendek daripada yang dinyatakan. Semasa dibeli, pembesar suara berada dalam mod caj biasa secara lalai.

  • Anda boleh mengaktifkan/mematikan mod Battery Care pembesar suara dengan “Sony | Music Center”.

  1. Sambungkan pembesar suara kepada outlet AC untuk mengecasnya.

    Sambungkan jek input kuasa AC pada pembesar suara dan outlet AC menggunakan kord kuasa AC (salur utama) yang dibekalkan.

    Pengecasan bateri bermula dan penunjuk CHARGE menyala dalam warna jingga. Pengecasan akan siap dalam masa lebih kurang 3 jam* dan penunjuk akan dimatikan.

    * Masa yang diperlukan untuk mengecas bateri terbina dalam yang kosong sehingga kapasiti penuhnya semasa pembesar suara dimatikan.


    Pastikan anda menutup penutup dengan kemas setelah anda mencabut kord kuasa AC (salur utama) daripada pembesar suara selepas bateri selesai dicas.

    Penutup memainkan peranan yang sangat penting dalam mengekalkan prestasi kalis air.

Memeriksa sekiranya pengecasan telah selesai

Jika bateri terbina dalam telah dicas sepenuhnya apabila anda menyambungkan pembesar suara kepada outlet AC, penunjuk CHARGE akan menyala dalam warna jingga dan kemudiannya mati selepas kira-kira 1 minit.

Memeriksa aras bateri terbina dalam bagi bateri terbina dalam yang boleh dicas semula

  • Selepas menekan butang BATTERY di bahagian belakang pembesar suara, apabila pembesar suara dihidupkan, panduan suara yang disenaraikan di bawah akan dapat didengar daripada pembesar suara, bergantung pada kuasa bateri terbina dalam yang masih berbaki.

    91% - 100%: “Battery Fully Charged” (Bateri Telah Dicas Sepenuhnya)

    81% - 90%: “Battery about 90%” (Bateri Lebih Kurang 90%)

    81% - 90% (mod Battery Care): “Battery Care Mode, Fully Charged, Battery about 90%” (Mod Battery Care, Telah Dicas Sepenuhnya, Bateri Lebih Kurang 90%)

    71% - 80%: “Battery about 80%” (Bateri Lebih Kurang 80%)

    61% - 70%: “Battery about 70%” (Bateri Lebih Kurang 70%)

    51% - 60%: “Battery about 60%” (Bateri Lebih Kurang 60%)

    41% - 50%: “Battery about 50%” (Bateri Lebih Kurang 50%)

    31% - 40%: “Battery about 40%” (Bateri Lebih Kurang 40%)

    21% - 30%: “Battery about 30%” (Bateri Lebih Kurang 30%)

    11% - 20%: “Battery about 20%” (Bateri Lebih Kurang 20%)

    1% - 10%: “Please Charge” (Sila Caj)

    Petua

    • Dengan menggunakan “Sony | Music Center”, anda boleh mengaktifkan/menyahaktifkan panduan suara yang berkaitan dengan baki kuasa bateri yang anda dengar apabila anda menghidupkan pembesar suara.

Hayat bateri terbina dalam (ketika pembesar suara tidak berada dalam mod Battery Care dan sambungan BLUETOOTH diwujudkan)

(SRS-XP700)

  • Lebih kurang 25 jam

    Aras kelantangan pembesar suara ditetapkan kepada 13.

    Kesan bunyi ditetapkan kepada MEGA BASS. (tetapan lalai kilang)

    Fungsi pencahayaan dimatikan.

  • Lebih kurang 20 jam

    Aras kelantangan pembesar suara ditetapkan kepada 13.

    Kesan bunyi ditetapkan kepada MEGA BASS. (tetapan lalai kilang)

    Fungsi pencahayaan dihidupkan. (tetapan lalai kilang)

  • Lebih kurang 6 jam

    Aras kelantangan pembesar suara ditetapkan kepada maksimum (50).

    Kesan bunyi ditetapkan kepada MEGA BASS. (tetapan lalai kilang)

    Fungsi pencahayaan dimatikan.

  • Lebih kurang 5 jam

    Aras kelantangan pembesar suara ditetapkan kepada maksimum (50).

    Kesan bunyi ditetapkan kepada MEGA BASS. (tetapan lalai kilang)

    Fungsi pencahayaan dihidupkan. (tetapan lalai kilang)

(SRS-XP500)

  • Lebih kurang 20 jam

    Aras kelantangan pembesar suara ditetapkan kepada 16.

    Kesan bunyi ditetapkan kepada MEGA BASS. (tetapan lalai kilang)

    Fungsi pencahayaan dimatikan.

  • Lebih kurang 10 jam

    Aras kelantangan pembesar suara ditetapkan kepada 16.

    Kesan bunyi ditetapkan kepada MEGA BASS. (tetapan lalai kilang)

    Fungsi pencahayaan dihidupkan. (tetapan lalai kilang)

  • Kira-kira 6.5 jam

    Aras kelantangan pembesar suara ditetapkan kepada maksimum (50).

    Kesan bunyi ditetapkan kepada MEGA BASS. (tetapan lalai kilang)

    Fungsi pencahayaan dimatikan.

  • Lebih kurang 5 jam

    Aras kelantangan pembesar suara ditetapkan kepada maksimum (50).

    Kesan bunyi ditetapkan kepada MEGA BASS. (tetapan lalai kilang)

    Fungsi pencahayaan dihidupkan. (tetapan lalai kilang)

Hayat bateri terbina dalam (selepas bateri terbina dalam dicas selama 10 minit)

(SRS-XP700)

10 minit pengecasan memberikan kira-kira 3 jam main balik muzik. (Dengan syarat bahawa aras kelantangan pembesar suara ditetapkan kepada 13, kesan bunyi ditetapkan kepada MEGA BASS, dan fungsi pencahayaan dimatikan.)


(SRS-XP500)

10 minit pengecasan memberikan kira-kira 80 minit main balik muzik. (Dengan syarat bahawa aras kelantangan pembesar suara ditetapkan kepada 16, kesan bunyi ditetapkan kepada MEGA BASS, dan fungsi pencahayaan dimatikan.)


Hayat bateri terbina dalam di atas diukur menggunakan sumber muzik kami yang khusus.

Tempoh prestasi sebenar mungkin berbeza daripada tempoh yang dinyatakan kerana ia dipengaruhi oleh kelantangan, lagu yang dimainkan, suhu sekeliling, dan keadaan penggunaan.

Apabila kuasa bateri terbina dalam semakin berkurang

Apabila panduan suara berkata “Please charge” (Sila caj) dan penunjuk CHARGE berkelip perlahan-lahan, kuasa bateri terbina semakin berkurang dan ia perlu dicas. Dalam keadaan ini, pembesar suara tidak dapat membekalkan kuasa kepada peranti lain.

Nota

  • Output kuasa maksimum akan menjadi lebih rendah apabila kuasa bateri terbina semakin berkurang.

  • Dalam persekitaran yang terlalu panas atau sejuk, pengecasan akan berhenti atas sebab-sebab keselamatan. Pengecasan pembesar suara juga akan berhenti sekiranya pengecasan mengambil masa yang lama. Untuk menyelesaikan isu ini, cabut kord kuasa AC (salur utama) yang dibekalkan, dan kemudian sambungkannya semula pada suhu operasi di antara 5 °C dan 35 °C.

  • Jangan mengecas bateri terbina dalam pembesar suara di tempat di mana air mungkin terpercik pada pembesar suara. Kord kuasa AC (salur utama) yang dibekalkan serta jek dan port (AC IN/USB/AUDIO IN/MIC/GUITAR) di belakang penutup bukanlah bersifat kalis air.

  • Walaupun anda tidak bermaksud menggunakan pembesar suara untuk jangka masa yang lama, cas bateri dengan kapasiti penuh setiap 6 bulan untuk mengekalkan prestasinya.