Menyambung dengan komputer melalui sambungan BLUETOOTH (Windows)

Berpasangan adalah proses yang diperlukan untuk mendaftarkan maklumat pada peranti BLUETOOTH yang akan disambungkan secara wayarles.

Peranti perlu disambungkan dengan pembesar suara untuk mewujudkan sambungan BLUETOOTH untuk kali pertama. Lakukan tatacara yang sama untuk memasangkan dengan peranti lain.

Sistem operasi yang disokong

Windows 10, Windows 8.1

Lakukan yang berikut sebelum bermula.

  • Letakkan komputer anda dalam jarak 1 m daripada pembesar suara.

  • Sambungkan pembesar suara ke outlet AC menggunakan kord kuasa AC (salur utama) yang dibekalkan. Atau cas bateri terbina dalam yang boleh dicas semula dengan secukupnya.

  • Sediakan arahan pengendalian yang dibekalkan bersama komputer untuk rujukan.

  • Untuk mengelakkan pembesar suara mengeluarkan sebarang bunyi yang kuat secara tiba-tiba, turunkan kelantangan kedua-dua peranti BLUETOOTH dan pembesar suara atau hentikan main balik muzik.

  • Tetapkan pembesar suara komputer anda kepada hidup.

    Jika pembesar suara komputer anda ditetapkan kepada (bisu), bunyi tidak akan dikeluarkan daripada pembesar suara BLUETOOTH.

    • Apabila pembesar suara komputer anda ditetapkan kepada hidup:

  1. Hidupkan pembesar suara.

  2. Periksa penunjuk (BLUETOOTH) sekiranya terdapat aktiviti.

    Apabila penunjuk berkelip dua kali

    Selepas anda memasangkan pembesar suara dengan peranti BLUETOOTH buat kali pertama setelah membeli atau memulakan pembesar suara (pembesar suara tidak mempunyai maklumat berpasangan), pembesar suara akan memasuki mod berpasangan secara automatik apabila ia dihidupkan. Teruskan ke langkahnombor 4.

    Apabila penunjuk berkelip perlahan-lahan

    Pembesar suara mencari sambungan BLUETOOTH.

    • Untuk memasangkan pembesar suara dengan peranti BLUETOOTH yang kedua atau seterusnya (apabila pembesar suara mempunyai maklumat berpasangan peranti BLUETOOTH yang lain), teruskan ke langkahnombor 3.

    • Untuk menyambung semula pembesar suara dengan salah satu peranti BLUETOOTH yang sebelum ini telah dipasangkan dengan pembesar suara, teruskan ke langkahnombor 4.

      Bergantung pada peranti BLUETOOTH, pembesar suara mungkin disambungkan semula dengan peranti sejurus selepas ia dihidupkan. Untuk maklumat lanjut, rujuk arahan pengendalian yang dibekalkan dengan peranti BLUETOOTH anda.

    Apabila penunjuk terus menyala

    Pembesar suara telah disambungkan dengan salah satu daripada peranti BLUETOOTH.

    Untuk menyambungkan pembesar suara dengan peranti BLUETOOTH yang lain, lakukan salah satu daripada berikut:

    • Untuk memasangkan pembesar suara dengan peranti BLUETOOTH yang kedua atau seterusnya (apabila pembesar suara mempunyai maklumat berpasangan peranti BLUETOOTH yang lain), teruskan ke langkahnombor 3.

    • Untuk menyambung semula pembesar suara dengan salah satu peranti BLUETOOTH yang sebelum ini telah dipasangkan dengan pembesar suara, teruskan ke langkahnombor 4.

  3. Tekan butang(BLUETOOTH).

    Anda mendengar panduan suara (BLUETOOTH pairing (berpasangan BLUETOOTH)) daripada pembesar suara dan penunjuk (BLUETOOTH) mula berkelip dua kali (mod berpasangan).

  4. Bangunkan komputer jika komputer anda berada dalam mod siap sedia (tidur) atau hibernasi.
  5. Daftarkan pembesar suara pada komputer.

    Untuk Windows 10

    1. Klik butang [Start], kemudian [Settings].

    2. Klik [Devices].

    3. Klik tab [Bluetooth & other devices], klik suis [Bluetooth] untuk menghidupkan fungsi BLUETOOTH, dan kemudian klik [Add Bluetooth or other device].

    4. Klik [Bluetooth].

    5. Pilih [SRS-XP700] atau [SRS-XP500].

      Jika kunci laluan* diperlukan, masukkan “0000”.

      Jika [SRS-XP700] atau [SRS-XP500] tidak muncul, lakukan operasi sekali lagi bermula daripada langkahnombor 3.

      * Kunci laluan mungkin disebut “kod laluan”, “kod PIN”, “nombor PIN”, atau “kata laluan”.

    6. Selepas berpasangan, sambungan BLUETOOTH diwujudkan secara automatik dan [Connected music] atau [Connected voice, music] akan dipaparkan pada skrin. Teruskan ke langkahnombor 6.

    Untuk Windows 8.1

    1. Klik kanan pada [Start], dan kemudian klik [Control Panel].

      Apabila [All Control Panel Items] dipaparkan, pilih [Devices and Printers].

      Jika skrin [Control Panel] yang muncul, dan bukannya [All Control Panel Items], pilih [Large icons] atau [Small icons] daripada menu [View by] di sudut kanan atas skrin.

    2. Klik [Add a device].

    3. Pilih [SRS-XP700] atau [SRS-XP500] dan klik [Next].

      Jika kunci laluan* diperlukan, masukkan “0000”.

      Jika [SRS-XP700] atau [SRS-XP500] tidak muncul, lakukan operasi sekali lagi bermula daripada langkahnombor 3.

      * Kunci laluan mungkin disebut “kod laluan”, “kod PIN”, “nombor PIN”, atau “kata laluan”.

    4. Apabila skrin berikut muncul, klik [Close].

      Komputer mula memasang pemacu.

      Tanda “memasang” akan muncul di bahagian kiri bawah ikon [SRS-XP700] atau [SRS-XP500] semasa pemasangan sedang berjalan. Pemasangan pemacu selesai apabila tanda “memasang” hilang. Teruskan ke langkahnombor 5-5.

      Bergantung pada komputer, pemasangan mungkin akan mengambil masa. Jika pemasangan pemacu mengambil masa yang terlalu lama, fungsi Auto Standby pembesar suara akan menyebabkan ia dimatikan secara automatik. Jika ini berlaku, hidupkan semula pembesar suara.

    5. Klik kanan pada [SRS-XP700] atau [SRS-XP500] dalam [Devices] dan pilih [Sound settings] daripada menu yang muncul.

    6. Sahkan [SRS-XP700 Stereo] atau [SRS-XP500 Stereo] pada skrin [Sound].

      • Jika terdapat tanda semak (hijau) pada [SRS-XP700 Stereo] atau [SRS-XP500 Stereo], teruskan ke langkahnombor 6.

      • Jika tiada tanda semak (hijau) pada [SRS-XP700 Stereo] atau [SRS-XP500 Stereo], teruskan ke langkahnombor 5-7.

      • Jika [SRS-XP700 Stereo] atau [SRS-XP500 Stereo] tidak muncul, klik kanan pada skrin [Sound], dan pilih [Show Disabled Devices] daripada menu yang muncul. Kemudian teruskan ke langkahnombor 5-7.

    7. Klik kanan pada [SRS-XP700 Stereo] atau [SRS-XP500 Stereo], dan pilih [Connect] daripada menu yang muncul.

      Apabila pembesar suara disambungkan, tanda semak akan muncul pada [SRS-XP700 Stereo] atau [SRS-XP500 Stereo] pada skrin [Sound]. Teruskan ke langkahnombor 6.

      Jika anda tidak dapat klik pada [Connect] untuk [SRS-XP700 Stereo] atau [SRS-XP500 Stereo], pilih [Disable] untuk [Default Device] yang mempunyai tanda semak (hijau).

  6. Ikut arahan pada skrin untuk mewujudkan sambungan BLUETOOTH.

    Apabila sambungan BLUETOOTH sambungan diwujudkan, anda akan mendengar panduan suara (BLUETOOTH connected (BLUETOOTH disambungkan)) daripada pembesar suara dan aktiviti penunjuk(BLUETOOTH) berubah daripada berkelip menjadi menyala.

    Jika percubaan untuk mewujudkan sambungan gagal, ulangi tatacara bermula daripada langkahnombor 3.

Petua

  • Arahan di atas yang terdapat pada komputer disediakan sebagai contoh. Untuk maklumat lanjut, rujuk arahan pengendalian yang dibekalkan dengan komputer anda. Selain itu, tidak semua komputer diuji dan didapati serasi dengan tatacara di atas dan tatacara tersebut tidak boleh digunakan untuk komputer di rumah.

  • Pembesar suara mampu menyimpan hingga 2 peranti BLUETOOTH yang disambungkan secara serentak. Apabila main balik bermula pada satu peranti, dan dalam masa yang sama, main balik muzik sedang berjalan pada peranti yang lain, pembesar suara akan menukar sumber audio daripada peranti yang kedua kepada peranti pertama dan mula mengeluarkan bunyi daripada peranti sumber yang ditukar (sambungan berbilang peranti).

Nota

  • Mod berpasangan pembesar suara akan dibatalkan selepas kira-kira 5 minit dan penunjuk (BLUETOOTH) akan berkelip perlahan-lahan. Walau bagaimanapun, apabila pembesar suara tidak mempunyai maklumat berpasangan, seperti di tetapan kilang, mod berpasangan tidak dapat dibatalkan. Jika mod berpasangan dibatalkan sebelum proses tamat, ulang bermula dari langkahnombor 3.

  • Sebaik sahaja peranti BLUETOOTH dipasangkan, anda sudah tidak perlu memasangkan peranti lagi, kecuali dalam keadaan berikut:

    • Maklumat berpasangan telah terpadam setelah pembaikan, dsb.

    • Pembesar suara telah dipasangkan dengan 8 peranti dan perlu dipasangkan dengan peranti yang lain.

      Pembesar suara boleh dipasangkan dengan maksimum 8 peranti. Jika peranti baharu dipasangkan selepas 8 peranti telah dipasangkan, peranti yang paling awal dipasangkan akan digantikan dengan yang baharu.

    • Maklumat berpasangan pembesar suara telah dipadamkan daripada peranti BLUETOOTH.

    • Pembesar suara dimulakan.

      Semua maklumat berpasangan akan dipadamkan. Jika anda memulakan pembesar suara, ia mungkin tidak dapat bersambung dengan komputer anda. Dalam keadaan ini, padamkan maklumat berpasangan pembesar suara pada komputer anda, dan kemudian lakukan tatacara berpasangan sekali lagi.

  • Pembesar suara boleh dipasangkan dengan beberapa peranti, tetapi ia hanya boleh memainkan muzik daripada satu peranti yang dipasangkan pada satu-satu masa.

  • Kunci laluan pembesar suara adalah “0000”. Jika kunci laluan selain daripada “0000” ditetapkan pada peranti BLUETOOTH, berpasangan tidak dapat dilakukan dengan pembesar suara.

  • Apabila menggunakan fungsi Pasangan Stereo atau fungsi Party Connect, anda tidak boleh menggunakan sambungan berbilang peranti dengan sepenuhnya.