Notis lesen

Nota mengenai Lesen

Produk ini mengandungi perisian yang digunakan Sony berdasarkan perjanjian pelesenan dengan pemilik hak cipta. Kami berkewajiban untuk mengumumkan isi perjanjian kepada para pelanggan berdasarkan keperluan oleh pemilik hak cipta untuk perisian tersebut.

Sila akses URL berikut dan baca kandungan lesen.

https://rd1.sony.net/help/speaker/sl/21x/

Notis bagi perisian yang menggunakan GNU GPL/LGPL

Produk ini mengandungi perisian yang tertakluk kepada GNU General Public License berikut (selanjutnya disebut sebagai “GPL”) atau GNU Lesser General Public License (selanjutnya disebut “LGPL”). Ini menetapkan bahawa para pelanggan berhak memperoleh, mengubah, dan mengedarkan semula kod sumber perisian tersebut sesuai dengan syarat GPL atau LGPL yang dibekalkan. Kod sumber untuk perisian yang disenaraikan di atas terdapat di Web.

Untuk memuat turun, sila akses URL yang berikut kemudian pilih nama model “SRS-XP700” atau “SRS-XP500”.

URL: http://oss.sony.net/Products/Linux

Sila maklum bahawa Sony tidak dapat menjawab atau bertindak balas kepada sebarang pertanyaan tentang kandungan kod sumber.

Penafian tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak ketiga

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak ketiga boleh diubah, digantung, atau ditamatkan tanpa notis terlebih dahulu. Sony tidak menanggung apa-apa tanggungjawab dalam situasi seperti ini.