Menukar peranti BLUETOOTH yang disambung pada masa yang sama (Sambungan Berbilang Peranti)

Pembesar suara boleh disambungkan dengan maksimum 2 peranti BLUETOOTH secara serentak. Apabila main balik bermula pada satu peranti, dan dalam masa yang sama, main balik muzik sedang berjalan pada peranti yang lain, pembesar suara akan menukar sumber audio daripada peranti yang kedua kepada peranti pertama dan mula mengeluarkan bunyi daripada peranti sumber yang ditukar.

  • Operasi mungkin berbeza bergantung pada peranti BLUETOOTH. Selain itu, peranti juga mungkin tidak boleh disambungkan, bergantung pada gabungan peranti. Untuk maklumat lanjut, rujuk arahan pengendalian yang dibekalkan dengan peranti.

  1. Tekan butang(kuasa) untuk menghidupkan pembesar suara.
  2. Pasangkan pembesar suara dengan peranti BLUETOOTH seperti telefon pintar atau peranti iPhone.

    Anda boleh menyambung dengan sehingga 2 peranti BLUETOOTH pada masa yang sama dengan A2DP/AVRCP.

    Apabila sambungan BLUETOOTH diwujudkan, anda akan mendengar panduan suara (BLUETOOTH connected (BLUETOOTH disambungkan)) daripada pembesar suara.

Nota

  • Apabila menggunakan fungsi Pasangan Stereo atau fungsi Party Connect, anda tidak boleh menggunakan sambungan berbilang peranti dengan sepenuhnya.

  • Bergantung pada peranti BLUETOOTH, anda mungkin tidak dapat membuat 2 sambungan BLUETOOTH pada masa yang sama.

  • Anda tidak boleh mematikan fungsi sambungan berbilang peranti.

Untuk menamatkan sambungan berbilang peranti

  • Tekan butang(kuasa) untuk mematikan pembesar suara.

  • Apabila anda mematikan fungsi BLUETOOTH pada peranti BLUETOOTH yang diingini atau memutuskan bekalan kuasa kepada peranti, anda akan mendengar panduan suara (BLUETOOTH disconnected (BLUETOOTH ditamatkan)) daripada pembesar suara dan sambungan BLUETOOTH dengan pembesar suara akan ditamatkan.