Tukar dan nikmati pelbagai kesan bunyi

Anda boleh menukar dan menikmati pelbagai kesan bunyi yang terdapat pada pembesar suara.

Nikmati bunyi yang lebih dinamik (kesan MEGA BASS)

Anda boleh menetapkan kesan bunyi ke mod MEGA BASS dengan mengikuti salah satu daripada tatacara berikut.

Semasa pembelian, kesan bunyi ditetapkan kepada mod MEGA BASS secara lalai.

  • Di “Sony | Music Center”, ketik [SRS-XP700] atau [SRS-XP500] - [Settings] - [Sound] - [Sound Effect] - [MEGA BASS].

  • Tekan butang MEGA BASS pada pembesar suara.

    Setiap kali anda menekan butang, tetapan kesan bunyi untuk mod MEGA BASS akan dihidupkan/dimatikan.

Rasai keterujaan bagaikan berada di persembahan secara langsung (kesan LIVE SOUND)

Di “Sony | Music Center”, ketik [SRS-XP700] atau [SRS-XP500] - [Settings] - [Sound] - [Sound Effect] - [LIVE SOUND].

Menetapkan tetapan pengimbang mengikut kesesuaian anda (CUSTOM)

  1. Di “Sony | Music Center”, ketik [SRS-XP700] atau [SRS-XP500] - [Settings] - [Sound].

  2. Lakukan yang berikut.

    • Ketik [Sound Effect] - [CUSTOM].

    • Ketik [Custom EQ], dan kemudian sesuaikan tetapan pengimbang mengikut keselesaan anda.

Untuk menggunakan pembesar suara dan mengurangkan penggunaan kuasa bateri boleh dicas semula (mod STAMINA)

Anda boleh menetapkan kesan bunyi ke mod STAMINA dengan mengikuti salah satu daripada tatacara berikut.

  • Di “Sony | Music Center”, ketik [SRS-XP700] atau [SRS-XP500] - [Settings] - [Power Option], dan kemudian pilih [STAMINA].

  • Tekan dan tahan butang MEGA BASS/ STAMINA pada pembesar suara selama 3 saat.

    Untuk menukar tetapan kesan bunyi kepada mod STAMINA, tekan butang MEGA BASS/ STAMINA sekali lagi.

Semasa kesan bunyi ditetapkan kepada mod STAMINA, fungsi pencahayaan dan kesan bunyi, termasuk mod MEGA BASS, dimatikan.