Menamatkan fungsi Party Connect

Untuk menamatkan semua sambungan dan keluar daripada fungsi Party Connect

Pada pembesar suara dengan penunjuk(BLUETOOTH) yang menyala (pembesar suara ditetapkan sebagai yang pertama), tekan dan tahan butang PARTY CONNECT sehingga anda mendengar bunyi bip dan penunjuk PARTY CONNECT terpadam.

  • Menyambungkan peranti audio, seperti peranti audio mudah alih, kepada jek AUDIO IN pada pembesar suara dengan penunjuk(BLUETOOTH) yang menyala (pembesar suara ditetapkan sebagai yang pertama), akan menukar mod pembesar suara menjadi mod AUDIO IN secara automatik dan menamatkan fungsi Party Connect.

Untuk menamatkan 1 pembesar suara sahaja

Pada pembesar suara yang ingin anda tamatkan fungsi Party Connectnya (pembesar suara ditetapkan sebagai yang kedua atau yang seterusnya), tekan dan tahan butang PARTY CONNECT sehingga anda mendengar bunyi bip dan penunjuk PARTY CONNECT terpadam.

  • Menyambungkan peranti USB atau peranti audio, seperti peranti audio mudah alih, kepada port PLAY/CHARGE port (USB1) atau kepada jek AUDIO IN pada pembesar suara yang ingin anda tamatkan fungsi Party Connectnya (pembesar suara ditetapkan sebagai yang kedua atau yang seterusnya), akan menukar mod pembesar suara menjadi mod USB atau kepada mod AUDIO IN secara automatik dan menamatkan fungsi Party Connect pembesar suara tersebut.

Petua

  • Dengan menggunakan “Sony | Music Center”, anda boleh mewujudkan sambungan untuk fungsi Party Connect atau menamatkan fungsi Party Connect.