Apa yang boleh anda lakukan dengan “Fiestable

Fiestable” adalah aplikasi untuk mengoperasikan peranti audio Sony yang serasi dengan “Fiestable” daripada telefon pintar, dsb.

Operasi yang boleh dilaksanakan pada pembesar suara dengan “Fiestable

  • DJ Control

    Anda boleh memasukkan kesan bunyi (Isolator, dsb.) atau bunyi sampel (bunyi gendang/sorakan, dsb.) ke dalam muzik yang dimainkan.

  • Illumination

    Anda boleh menetapkan fungsi pencahayaan.

  • Motion Control

    Anda boleh mengoperasikan pembesar suara dengan menggoncang telefon pintar, dsb.

  • Karaoke

    Anda boleh menikmati pelbagai ciri Karaoke, seperti Voice Changer, Echo, Key Control, dsb.

  • Voice Control

    Anda boleh mengoperasikan pembesar suara dengan memberi arahan suara pratetap kepada mikrofon telefon pintar/iPhone.

  • Party Light

    Anda boleh menyegerakkan pencahayaan skrin untuk beberapa telefon pintar/iPhone dengan pencahayaan pembesar suara ini.

  • Party Playlist

    Anda dan tetamu anda boleh menambahkan lagu kegemaran ke senarai main daripada beberapa peranti BLUETOOTH.

Petua

  • Apa yang boleh anda kawal menggunakan “Fiestable” adalah berbeza bergantung pada peranti yang disambungkan. Spesifikasi dan reka bentuk aplikasi boleh berubah tanpa notis.

Nota

  • Untuk peranti Apple iOS, pembesar suara serasi dengan iOS 10.0 atau versi yang lebih terkini. Sambungan BLUETOOTH tidak tersedia pada peranti dengan iOS 9.x atau versi yang lebih lama.