Menggunakan fungsi tunggu sedia BLUETOOTH

Apabila fungsi tunggu sedia BLUETOOTH dihidupkan, pembesar suara dihidupkan secara automatik dengan mengoperasikan peranti BLUETOOTH, dan memulakan sambungan BLUETOOTH.

Sebelum menggunakan pembesar suara, sila ambil perhatian mengenai perkara berikut:

  • Fungsi tunggu sedia BLUETOOTH dihidupkan hanya apabila pembesar suara disambungkan kepada outlet AC menggunakan kord kuasa AC (salur utama) yang dibekalkan. Semasa pembesar suara beroperasi hanya dengan menggunakan kuasa daripada bateri terbina dalam yang boleh dicas semula, fungsi tunggu sedia BLUETOOTH dimatikan.

  1. Hidupkan pembesar suara.

    Penunjuk (kuasa) menyala dalam warna hijau.

  2. Ketik [Music Center] pada telefon pintar anda, dan lain-lain untuk memulakan aplikasi.

    Music Center

  3. Ketik [SRS-XP700] atau [SRS-XP500].

  4. Ketik [Settings].

  5. Ketik [Power Option].
  6. Ketik [Bluetooth Standby].
  7. Ketik [ON] untuk menghidupkan mod tunggu sedia BLUETOOTH.

Untuk mematikan fungsi tunggu sedia BLUETOOTH

Lakukan langkahnombor 2hingganombor 6sekali lagi untuk mematikan fungsi tunggu sedia BLUETOOTH.

Petua

  • Apabila fungsi tunggu sedia BLUETOOTH diaktifkan, penunjuk(kuasa) menyala dalam warna jingga semasa pembesar suara dimatikan.