Tiada bunyi/Bunyi daripada satu pembesar suara sahaja/Bunyi terganggu/Bunyi berdengung atau hingar dalam output pembesar suara

  • Pastikan bahawa pembesar suara dan peranti yang disambung telah dihidupkan.

  • Naikkan kelantangan pembesar suara dan peranti yang disambung.

  • Pastikan bahawa peranti yang disambungkan berfungsi.

  • Pastikan kabel audio dan peranti USB dicabut daripada jek AUDIO IN dan port PLAY/CHARGE (USB1) semasa main balik dalam mod BLUETOOTH.

  • Pastikan kabel audio tersambung dengan kemas kepada jek AUDIO IN semasa main balik dalam mod AUDIO IN.

  • Jika anda menyambungkan komputer kepada pembesar suara, pastikan tetapan output audio komputer ditetapkan untuk peranti BLUETOOTH.

  • Periksa bahawa pembesar suara telah membuat sambungan BLUETOOTH dengan peranti BLUETOOTH.

  • Pasangkan pembesar suara dan peranti BLUETOOTH sekali lagi.

  • Jika peranti yang disambungkan kepada jek AUDIO IN adalah mononaural, suara mungkin hanya dikeluarkan daripada komponen pembesar suara kiri (saluran kiri).

  • Apabila orientasi SRS-XP700 diubah, dua twiter teratas dalam orientasi mendatar atau menegak dipilih secara automatik untuk output audio saluran kiri dan kanan. Twiter di belakang didayakan hanya apabila SRS-XP700 berada dalam orientasi menegak.

  • Jika peranti yang disambungkan mempunyai fungsi penyama, matikannya.

  • Jauhkan pembesar suara daripada ketuhar gelombang mikro, Wi-Fi®, dsb.

  • Dekatkan peranti BLUETOOTH dengan pembesar suara. Jika terdapat sebarang halangan antara pembesar suara dan peranti BLUETOOTH, alihkan halangan tersebut.

  • Jika penunjuk CHARGE berkelip perlahan, matikan pembesar suara dan caj bateri terbina dalam dengan secukupnya.

  • Peranti dengan radio atau penala terbina dalam tidak boleh disambungkan kepada pembesar suara melalui BLUETOOTH kerana hingar mungkin berlaku semasa siaran.

  • Jauhkan pembesar suara daripada TV, radio atau penala, dsb. kerana hingar mungkin berlaku semasa siaran.

  • Semasa menggunakan fungsi Pasangan Stereo atau fungsi Party Connect, sekiranya terdapat peranti BLUETOOTH yang lain seperti tetikus BLUETOOTH atau papan kekunci BLUETOOTH yang bersambung dengan peranti BLUETOOTH, putuskan sambungan peranti tersebut.

  • Terdapat beberapa peranti BLUETOOTH yang boleh mengubah kualiti main balik wayarles. Jika peranti anda serasi dengan fungsi ini, pilih “Keutamaan sambungan bunyi (SBC)” dan bukannya kualiti bunyi. Untuk maklumat lanjut, rujuk arahan pengendalian yang dibekalkan dengan peranti.

  • Pilih “Keutamaan sambungan bunyi (SBC)” untuk kualiti main balik wayarles pembesar suara.

  • Pasang versi “Sony | Music Center” yang terkini pada peranti yang disambungkan. Jika anda tidak dapat menggunakan versi “Sony | Music Center” yang terkini atau anda tidak dapat menyambungkan pembesar suara dan peranti BLUETOOTH melalui sambungan BLUETOOTH, nyahpasang “Sony | Music Center”, dan kemudian pasangkannya semula.