Makluman tentang pengecasan

Jangka hayat bateri ion litium terbina dalam

  • Walaupun anda tidak bermaksud menggunakan pembesar suara untuk jangka masa yang lama, cas bateri dengan kapasiti penuh setiap 6 bulan untuk mengekalkan prestasinya.

  • Pengecasan bateri terbina dalam mungkin akan masa yang lebih panjang sekiranya pembesar suara tidak digunakan dalam jangka masa yang lama.

  • Bateri terbina dalam yang boleh dicas semula mempunyai jangka hayat. Dari semasa ke semasa dan bergantung pada kekerapan penggunaan bateri, kapasiti bateri terbina dalam yang boleh dicas semula akan mula menurun secara perlahan-lahan. Jika jumlah masa penggunaan bateri terbina dalam menjadi lebih pendek dengan sangat ketara, walaupun ia telah dicas sepenuhnya, hubungi pengedar Sony terdekat anda.

  • Apabila jumlah masa penggunaan bateri terbina dalam menjadi lebih pendek dengan sangat ketara, ia mungkin disebabkan kerana bateri terbina dalam yang boleh dicas semula tersebut telah luput.

  • Jangka hayat bateri terbina dalam yang boleh dicas semula berbeza bergantung pada penggunaan, persekitaran, dan cara penyimpanan.

Perhatian

Apabila pembesar suara mengesan masalah yang berpunca daripada sebab berikut semasa mengecas bateri terbina dalam, penunjuk CHARGE (jingga) akan terpadam walaupun pengecasan masih belum selesai.

  • Suhu persekitaran melebihi julat 5 °C – 35 °C.

  • Terdapat masalah dengan bateri terbina dalam.

  • Apabila pengecasan bateri terbina dalam berterusan untuk jangka masa yang lama.

Nota

  • Masa pengecasan adalah berbeza bergantung pada keadaan penggunaan bateri terbina dalam.

  • Cas pembesar suara pada suhu persekitaran antara 5 °C dan 35 °C.

  • Pembesar suara menjadi panas semasa dicas. Ini bukan kerosakan.

  • Elakkan terdedah kepada perubahan suhu yang mendadak, cahaya matahari terus, kabut, pasir, habuk, atau kejutan mekanikal. Juga, jangan meninggalkan pembesar suara di dalam kereta yang berada di bawah cahaya matahari.

  • Selagi pembesar suara disambungkan kepada outlet AC menggunakan kord kuasa AC (salur utama) yang dibekalkan, bateri terbina dalam pembesar suara boleh mengecas dengan sendiri walaupun ketika pembesar suara dihidupkan.

    Walau bagaimanapun, pengecasan mungkin mengambil masa yang lama untuk selesai, bergantung pada penggunaan pembesar suara. Sebaiknya, matikan pembesar suara terlebih dahulu sebelum mengecas bateri.

  • Dalam persekitaran yang terlalu panas atau sejuk, pengecasan akan berhenti atas sebab-sebab keselamatan. Pengecasan pembesar suara juga akan berhenti sekiranya pengecasan mengambil masa yang lama. Untuk menyelesaikan isu ini, cabut kord kuasa AC (salur utama) daripada pembesar suara dan sambungkannya semula pada suhu operasi di antara 5 °C dan 35 °C.

  • Pada suhu tinggi, pengecasan mungkin berhenti atau kelantangan suara berkurang untuk melindungi bateri.

  • Pengecasan bateri menggunakan hab USB adalah tidak dijamin.