Tidak dapat memasangkan pembesar suara dengan peranti BLUETOOTH

  • Letakkan pembesar suara dan peranti BLUETOOTH dalam jarak 1 m antara satu sama lain.

  • Untuk peranti Apple iOS, pembesar suara adalah serasi dengan iOS 10.0 atau versi yang lebih terkini. Sambungan BLUETOOTH tidak tersedia pada peranti dengan iOS 9.x versi yang lebih lama.

  • Untuk menggunakan fungsi Pasangan Stereo atau fungsi Party Connect, pasangkan dengan pembesar suara yang mempunyai penunjuk(BLUETOOTH) yang berkelip dalam warna biru.

  • Jika penunjuk(BLUETOOTH) tidak berkelip dua kali dalam warna biru, tekan butang(BLUETOOTH). Anda mendengar panduan suara (BLUETOOTH pairing (berpasangan BLUETOOTH)) dan penujuk(BLUETOOTH) mula berkelip dua kali (mod berpasangan).

  • Setelah pembesar suara dimulakan, iPhone/iPod touch mungkin tidak dapat disambungkan kepada pembesar suara. Dalam keadaan ini, padamkan maklumat berpasangan pada iPhone/iPod touch, kemudian lakukan proses berpasangan sekali lagi.

  • Pastikan bahawa peranti BLUETOOTH dihidupkan dan fungsi BLUETOOTH diaktifkan pada peranti.

  • Jika pembesar suara tidak dipaparkan pada peranti BLUETOOTH, matikan peranti, dan kemudian hidupkan peranti sekali lagi. Ini mungkin dapat menyelesaikan isu yang dihadapi.