Apa yang boleh anda lakukan dengan “Sony | Music Center”
“Sony | Music Center” adalah aplikasi untuk mengawal peranti audio Sony yang serasi dengan “Sony | Music Center” menggunakan telefon pintar atau peranti yang lain.
Untuk maklumat lanjut tentang “Sony | Music Center”, rujuk URL berikut:
Operasi yang boleh dilaksanakan pada pembesar suara dengan “Sony | Music Center”
-
Main balik fail muzik yang disimpan di dalam peranti, seperti telefon pintar atau peranti USB
-
Tetapan kualiti bunyi dan pelarasan penyama
-
Penunjuk tahap bateri terbina dalam
-
Mod tetapan Pilihan Kuasa (Battery Care, fungsi Auto Standby, fungsi Bluetooth Standby, dan panduan suara yang berkaitan dengan kuasa bateri yang masih berbaki)
-
Tetapan pencahayaan (Illumination) (menukar mod pencahayaan)
-
Menukar sumber audio antara peranti USB yang disambungkan, peranti yang disambungkan melalui sambungan BLUETOOTH, dan peranti yang disambungkan kepada jek AUDIO IN untuk main balik
-
Menukar codec BLUETOOTH (kualiti main balik penstriman audio BLUETOOTH)
-
Mengelompokkan dengan peranti lain (fungsi Stereo Pair, fungsi Party Connect)
-
Melihat kemas kini atau versi perisian pembesar suara
dsb.
Nota
-
Apa yang boleh anda kawal menggunakan “Sony | Music Center” adalah berbeza bergantung pada peranti yang disambungkan. Spesifikasi dan reka bentuk aplikasi boleh berubah tanpa notis.
-
Untuk peranti Apple iOS, pembesar suara serasi dengan iOS 10.0 atau versi yang lebih terkini. Sambungan BLUETOOTH tidak tersedia pada peranti dengan iOS 9.x atau versi yang lebih lama.
-
Pastikan anda menggunakan versi “Sony | Music Center” yang terkini. Jika anda tidak dapat menyambungkan pembesar suara dan peranti BLUETOOTH melalui sambungan BLUETOOTH, atau sekiranya terdapat masalah seperti suara tidak dikeluarkan, nyahpasang “Sony | Music Center” dan cuba sambung semula melalui sambungan BLUETOOTH. Untuk maklumat lanjut mengenai “Sony | Music Center”, sila rujuk Google Play (Play Store) atau App Store.
-
Harap maklum bahawa “Sony | Music Center” dan “Music Center for PC” adalah aplikasi yang berbeza.