Menyambung dengan peranti USB

Peranti USB yang serasi

  • Peranti USB sepadan dengan Kelas Storan Massa USB

  • Peranti USB yang diformat dengan sistem fail FAT (kecuali exFAT)

Sesetengah peranti USB mungkin tidak dapat berfungsi dengan pembesar suara walaupun peranti memenuhi syarat di atas.

Menggunakan peranti iPhone/iPod touch melalui sambungan USB adalah tidak disokong.

Nota

  • Apabila sambungan kabel USB diperlukan, gunakan kabel USB yang dibekalkan bersama peranti USB. Lihat arahan pengendalian yang dibekalkan bersama peranti USB untuk maklumat berkaitan dengan kaedah pengendalian.

  • Jangan menyambungkan pembesar suara dengan peranti USB melalui hab USB.

  • Apabila peranti USB disambungkan, pembesar suara akan membaca semua fail pada peranti USB. Jika terdapat banyak folder atau fail pada peranti USB, masa yang lama mungkin diperlukan untuk membaca seluruh peranti USB.

  • Bagi sesetengah peranti USB, ini mungkin akan mengambil sedikit masa sebelum pembesar suara dapat melaksanakan sesebuah operasi.

  • Keserasian dengan semua perisian pengekodan/penulisan tidak dapat dijamin. Jika fail audio pada peranti USB pada asalnya dikodkan dengan perisian yang tidak serasi, fail tersebut mungkin menghasilkan hingar atau audio yang terganggu, atau mungkin tidak dapat dimainkan sama sekali.

  • Pembesar suara ini tidak semestinya menyokong semua fungsi yang disediakan dalam peranti USB yang disambungkan.

  1. Sambungkan peranti USB ke port PLAY/CHARGE (USB1).