Fungsi Tunggu Sedia Automatik
Jika sistem dengan fungsi Tunggu Sedia Automatik yang dihidupkan memenuhi keadaan berikut selama kira-kira 15 minit, ia akan mati secara automatik. Semasa pembelian, fungsi Tunggu Sedia Automatik ditetapkan kepada hidup.
Nota
-
Fungsi Tunggu Sedia Automatik tidak berkesan dalam keadaan berikut:
-
semasa fungsi penala.
-
apabila peranti luaran disambungkan kepada jek MIC.
-
Apabila sistem dalam mod BLUETOOTH
-
Tiada operasi pada sistem dan peranti BLUETOOTH.
-
Fungsi bebas tangan dimatikan dan muzik (bunyi) tidak dimainkan pada telefon mudah alih (telefon pintar). Untuk butiran, rujuk arahan operasi peranti anda.
-
Muzik (bunyi) tidak dimainkan pada peranti BLUETOOTH, seperti WALKMAN®.
Nota
-
Fungsi Tunggu Sedia tidak tersedia apabila sistem disambungkan dengan iPhone/iPod touch melalui sambungan BLUETOOTH.
Apabila sistem dalam mod AUDIO IN atau mod USB
-
Tiada operasi pada sistem.
-
Muzik (bunyi) tidak dimainkan pada peranti audio yang bersambung dengan jek AUDIO IN muzik (bunyi) peranti audio yang bersambung dengan jek AUDIO IN adalah terlalu perlahan.
Nota
-
Tiada peranti BLUETOOTH disambungkan dengan sistem melalui HFP/HSP.
Untuk mematikan/menghidupkan fungsi Tunggu Sedia Automatik
-
Tekan dan tahan
(kuasa) selama kira-kira 3 saat.Apabila fungsi Tunggu Sedia Automatik ditetapkan kepada mati, penunjuk
(kuasa) akan menyala sebanyak satu kali.Apabila fungsi Tunggu Sedia Automatik ditetapkan kepada hidup, penunjuk
(kuasa) akan menyala sebanyak 3 kali.
Petua
-
Anda boleh mematikan/menghidupkan fungsi Tunggu Sedia Automatik menggunakan “Sony | Music Center.”

