Menggunakan fungsi bantuan suara (aplikasi Google)

Dengan menggunakan fungsi Google yang terdapat pada telefon pintar Android, anda boleh memberi arahan menggunakan mikrofon sistem untuk mengoperasikan telefon pintar Android.

Berikut merupakan penerangan tentang cara untuk menggunakan aplikasi Google.

  1. Pilih aplikasi Google untuk [Assist App] dalam [Assist & Voice input].

    Pada telefon pintar Android, pilih [Settings] - [Apps]. Ikon gear muncul di penjuru kanan sebelah atas paparan.

    Pilih ikon gear, [Default Apps] - [Assist & Voice input] - [Assist App], kemudian tetapkan [Assist App] kepada aplikasi Google.

    Operasi di atas ialah contoh. Untuk butiran lanjut, rujuk arahan pengendalian yang dibekalkan bersama telefon pintar Android.

    Untuk butiran lanjut tentang aplikasi Google, rujuk arahan pengendalian atau laman web sokongan telefon pintar Android atau laman web Google Play.

    Nota

    • Versi terkini aplikasi mungkin diperlukan.
    • Aplikasi Google mungkin tidak dapat diaktifkan dari sistem bergantung pada spesifikasi telefon pintar Android.
  2. Sambungkan sistem kepada telefon pintar Android melalui sambungan BLUETOOTH.
  3. Apabila sistem bersambung dengan telefon pintar Android melalui sambungan BLUETOOTH dan telefon pintar Android berada dalam keadaan tunggu sedia atau sedang memainkan muzik, tekan dan tahan (main/jeda)/(panggilan) pada sistem selama kira-kira 3 saat.

    Aplikasi Google diaktifkan dan anda akan mendengar bunyi permulaan.

  4. Buat permintaan kepada aplikasi Google melalui mikrofon sistem.

    Untuk butiran lanjut tentang aplikasi Google, seperti aplikasi mana yang berfungsi dengan aplikasi Google, rujuk arahan pengendalian yang dibekalkan bersama telefon pintar Android.

    Selepas mengaktifkan aplikasi Google, apabila sejumlah masa tertentu telah berlalu tanpa permintaan, bunyi bip akan berbunyi dan aplikasi Google akan dinyahaktifkan.

Nota

  • Aplikasi Google tidak dapat diaktifkan apabila anda katakan “OK Google” melalui mikrofon sistem walaupun tetapan [OK Google] telefon pintar Android telah dihidupkan.