Bertukar antara mod berganda dan mod stereo (fungsi Speaker Add)
Menggunakan dua sistem, anda boleh menukar antara mod berganda, iaitu bunyi yang sama dimainkan semula pada kedua-dua sistem dan mod stereo, dengan satu sistem mengeluarkan bunyi saluran kiri dan sistem lain mengeluarkan bunyi saluran kanan untuk main balik stereo.
-
Tekan ADD pada mana-mana sistem untuk menukar penghasilan audio.
Apabila anda menekan dan menahan ADD, sistem akan mengeluarkan panduan suara, dan mod kemudiannya berubah.
Double mode (Mod Berganda):
Bunyi yang sama dimainkan semula pada kedua-dua sistem.
Mod Stereo (Left (Kiri)/Right (Kanan)):
Bunyi saluran kiri dimainkan semula pada satu sistem, dan bunyi saluran kanan dimainkan semula pada sistem yang lain.
Mod Stereo (Right (Kanan)/Left (Kiri)):
Menukar saluran dua sistem (saluran kiri/saluran kiri) dan memain balik.

