Menghidupkan atau mematikan isyarat BLUETOOTH
Anda boleh menyambung kepada sistem dari peranti BLUETOOTH yang berpasangan apabila isyarat BLUETOOTH sistem ditetapkan kepada hidup. Semasa pembelian, tetapan ini ditetapkan kepada hidup.
-
Tekan dan tahan W.PARTY CHAIN/
LIGHT dan
(kuasa) selama kira-kira 5 saat.
Apabila isyarat BLUETOOTH ditetapkan kepada mati, penunjuk Audio IN berkelip sebanyak satu kali.
Apabila isyarat BLUETOOTH ditetapkan kepada hidup, penunjuk Audio IN berkelip sebanyak 3 kali.
Nota
-
Anda tidak boleh melakukan operasi berikut apabila isyarat BLUETOOTH ditetapkan kepada mati:
-
Berpasangan dan/atau menyambung dengan peranti BLUETOOTH.
-
Menggunakan “Sony | Music Center.”
-
Tukar codec audio BLUETOOTH.
-
Menggunakan fungsi bebas tangan.
-
-
Jika anda menyentuh N-Mark pada sistem dengan peranti BLUETOOTH serasi NFC atau menetapkan mod tunggu sedia BLUETOOTH kepada hidup, isyarat BLUETOOTH akan ditetapkan kepada hidup secara automatik.

