Menikmati main balik muzik dengan berbilang sistem audio (fungsi Party Chain Berkawat)
Anda boleh menikmati muzik menggunakan berbilang sistem audio berkawat.
-
Hidupkan semua sistem.
-
Laraskan kelantangan pada setiap sistem.
-
Aktifkan fungsi Party Chain Berkawat pada sistem untuk digunakan sebagai Hos Parti.
- Contoh: Apabila menggunakan sistem ini sebagai Hos Parti
-
Tekan FUNCTION/
PAIRING berulang kali untuk memilih fungsi yang anda mahu.Jika semua sistem dilengkapi dengan fungsi Party Chain Berkawat, jangan memilih fungsi AUDIO IN. Jika anda memilih fungsi ini, bunyi tidak boleh dikeluarkan.
-
Mulakan main balik, dan kemudian tekan PARTY CHAIN di belakang sistem.
Penunjuk PARTY CHAIN menyala. Hos Parti memulakan Party Chain, dan sistem lain menjadi Tetamu Parti secara automatik. Semua sistem memainkan muzik yang sama seperti yang dimainkan oleh Hos Parti.
FUNCTION/
PAIRING pada Tetamu Parti dinyahdayakan.
Untuk memilih Hos Parti baharu
Jika semua sistem dilengkapi dengan fungsi Party Chain Berkawat, anda boleh memilih Hos Parti yang baharu.
-
Tekan PARTY CHAIN pada Hos Parti.
-
Ulang langkah
pada sistem untuk menjadi Hos Parti baharu.Hos Parti semasa akan bertukar menjadi Tetamu Parti secara automatik. Semua sistem akan memainkan muzik yang sama seperti yang sedang dimainkan oleh Hos Parti yang baharu.
Untuk menyahaktifkan fungsi Party Chain Berkawat
Tekan PARTY CHAIN pada Hos Parti.
Jika fungsi Party Chain Berkawat tidak ditamatkan selepas beberapa saat, tekan PARTY CHAIN pada Hos Parti sekali lagi.
Nota
-
Bergantung pada jumlah bilangan sistem yang anda telah sambungkan, Tetamu Parti mungkin mengambil sedikit masa untuk mula memainkan muzik.
-
Menukar aras kelantangan dan kesan bunyi pada Hos Parti tidak akan menjejaskan output Tetamu Parti.
-
Anda boleh memilih sistem lain sebagai Hos Parti baharu hanya selepas fungsi Party Chain Berkawat telah diaktifkan pada semua sistem dalam rantaian.
-
Jika sistem yang dipilih tidak menjadi Hos Parti baharu selepas beberapa saat, ulangi langkah
. -
Untuk butiran lanjut tentang pengendalian pada sistem lain, rujuk arahan pengendalian untuk sistem tersebut.

