Mendengar muzik secara wayarles dengan dua sistem (fungsi Speaker Add)
Untuk menggunakan fungsi ini, dua sistem GTK-XB72 diperlukan.*
Dengan menyambungkan dua sistem melalui teknologi wayarles BLUETOOTH, anda boleh menikmati muzik dengan cara yang lebih berkuasa. Anda juga boleh memilih output audio antara mod berganda (iaitu kedua-dua sistem memainkan bunyi yang sama) dan mod stereo (bunyi stereo).
Dalam langkah-langkah berikut, dua sistem ini dihuraikan sebagai “sistem [A]” (atau sistem induk) dan “sistem [B].”
* Hanya sistem model yang sama boleh digunakan dalam fungsi Speaker Add.
-
Dekatkan dua sistem GTK-XB72 dalam jarak 1 m antara satu sama lain.
-
Tekan FUNCTION/
PAIRING pada sistem [A] berulang kali sehingga penunjuk
(BLUETOOTH) pada sistem mula menyala dalam warna biru. -
Tekan ADD pada sistem [A].
Penunjuk ADD menyala dalam warna hijau dan sistem memasuki mod Speaker Add.
-
Tekan FUNCTION/
PAIRING pada sistem [B] berulang kali sehingga penunjuk
(BLUETOOTH) pada sistem mula menyala dalam warna biru. -
Tekan ADD pada sistem [B].
Penunjuk ADD menyala dalam warna hijau. Kemudian penunjuk ADD pada kedua-dua sistem menukar status daripada berkelip* kepada menyala sementara penunjuk
(BLUETOOTH) pada sistem [B] dimatikan.* Apabila sambungan oleh fungsi Speaker Add diwujudkan dengan cepat, penunjuk ADD pada sistem [B] mungkin menyala terus tanpa berkelip.
-
Aktifkan mod pasangan pada sistem [A], dan kemudian laksanakan sambungan BLUETOOTH dengan peranti BLUETOOTH.
Untuk butiran lanjut tentang pemasangan, lihat topik berikut.
-
Mulakan main balik pada peranti BLUETOOTH, dan laraskan kelantangan.
Untuk butiran lanjut tentang pemasangan, lihat Mendengar muzik dari peranti melalui sambungan BLUETOOTH.
Pelarasan kelantangan yang dibuat pada salah salah satu sistem ini juga dimainkan pada sistem lain.
Nota
-
Jika mana-mana peranti BLUETOOTH lain, seperti tetikus BLUETOOTH atau papan kekunci BLUETOOTH disambungkan kepada peranti BLUETOOTH yang bersambung dengan sistem, mungkin bunyi terherot atau hingar terjadi dalam output sistem. Dalam hal ini, tamatkan sambungan BLUETOOTH antara peranti BLUETOOTH dengan peranti BLUETOOTH yang lain.

