Mendengar radio FM
Sebelum mendengar radio FM, anda perlu memanjangkan antena radio FM pada sistem dan menala ke stesen radio FM yang anda mahu dengar.
-
Panjangkan antena radio FM pada sistem dan laraskan panjang serta sudutnya untuk penerimaan optimum.
-
Tekan FUNCTION/
PAIRING berulang kali sehingga penunjuk TUNER menyala.
-
Tekan TUNING +/– berulang kali untuk menala ke stesen yang anda mahu dengar.
Setiap kali anda menekan TUNING +/– frekuensi penala FM akan dibaca dalam bahasa Inggeris.
Frekuensi penala FM boleh ditunjukkan dalam “Sony | Music Center.” Untuk butiran lanjut, lihat Mempraset stesen radio.
Untuk pengimbasan automatik
Tekan dan tahan TUNING +/– untuk memulakan pengimbasan automatik.
Semasa pengimbasan automatik sedang berjalan, penunjuk TUNER berkelip dengan cepat.
Pengimbasan berhenti secara automatik dan penunjuk TUNER tetap menyala apabila stesen telah dapat ditala.
Jika pengimbasan tidak berhenti, tekan TUNING +/– pada sistem untuk menghentikan pengimbasan. Kemudian, laksanakan penalaan manual dengan mengikut langkah-langkah di atas.
Nota tentang cara mengendalikan antena FM
-
Apabila melaraskan panjang, pegang antena pada bahagian yang paling atas dan tebal, panjangkannya/pendekkannya dengan perlahan-lahan.
-
Apabila melaraskan arah, pegang antena di bahagian paling tebal, dan putarkannya. Jika anda mengalihkan antena dengan memegang bahagian atas atau menggunakan daya yang kuat, ia mungkin patah.
-
Kendalikan antena dengan berhati-hati. Mencuba untuk mengalih ke arah yang tidak bersesuaian boleh merosakkan antena.
Paksi putaran menegak
Petua
-
Untuk mengurangkan bunyi hingar statik pada stesen stereo FM yang lemah, tekan dan tahan
dan W.PARTY CHAIN/
LIGHT. Anda akan kehilangan kesan stereo, tetapi penerimaan akan bertambah baik.Untuk mengembalikan tetapan, tekan dan tahan
dan W.PARTY CHAIN/
LIGHT.

