Menikmati main balik muzik wayarles dengan berbilang sistem audio (fungsi Party Chain Wayarles)
Dengan menyambungkan berbilang peranti yang serasi dengan fungsi Party Chain Wayarles, anda boleh menikmati suasana parti yang lebih bertenaga dengan muzik yang kuat.
Peranti yang serasi:
SRS-XB21, SRS-XB31, SRS-XB41, SRS-XB20, SRS-XB30, SRS-XB40, MHC-V82D, MHC-V72D, MHC-V42D, MHC-V02, GTK-XB72, GTK-XB60, GTK-XB90
Sebelum mengoperasikan sistem, pastikan bahawa semua sistem yang disambung berada dalam jarak 1 m dari peranti.
-
Tetapkan sistem pertama sebagai Hos Parti.
Pengendalian berikut adalah contoh untuk cara menetapkan GTK-XB72 sebagai sistem pertama. Rujuk fungsi pengendalian yang dibekalkan bersama peranti yang anda gunakan untuk menetapkan peranti lain yang serasi dengan fungsi Party Chain Wayarles.
-
Tekan FUNCTION/
PAIRING berulang kali sehingga penunjuk
(BLUETOOTH) menyala. -
Sambungkan peranti BLUETOOTH ke sistem melalui sambungan BLUETOOTH.
Memasang dan menyambung dengan peranti BLUETOOTH
Sambungan BLUETOOTH diwujudkan apabila penunjuk
(BLUETOOTH) menyala. -
Tekan W.PARTY CHAIN/
LIGHT.Penunjuk W.PARTY CHAIN/
LIGHT akan mula berkelip dan sistem akan memasuki mod Persediaan Party Chain Wayarles.
-
-
Sambungkan sistem kedua atau yang seterusnya sebagai Tetamu Parti.
Pengendalian berikut adalah contoh untuk cara menetapkan GTK-XB72 sebagai sistem kedua. Rujuk fungsi pengendalian yang dibekalkan bersama peranti yang anda gunakan untuk menyambungkan peranti lain yang serasi dengan fungsi Party Chain Wayarles.
-
Tekan FUNCTION/
PAIRING berulang kali sehingga penunjuk
(BLUETOOTH) menyala. -
Tekan W.PARTY CHAIN/
LIGHT pada sistem kedua.Penunjuk
(BLUETOOTH) akan mula berkelip dan penunjuk W.PARTY CHAIN/
LIGHT menyala.Petua
-
Sambungkan sistem kedua dalam masa 1 minit. Selepas 1 minit atau lebih, tetapan sistem akan dibatalkan.
-
-
Untuk menyambung sistem tambahan, ulangi langkah
– 1 hingga 2.Petua
-
Apabila menyambung sistem ketiga atau yang seterusnya, sambungkan setiap sistem tersebut dalam masa 30 saat selepas menyambung sistem yang sebelumnya. Selepas 30 saat atau lebih, sistem tidak akan dapat disambungkan.
-
Jika anda mahu menambah sistem lain selepas membuat sambungan (30 saat atau lebih), tekan dan tahan W.PARTY CHAIN/
LIGHT pada sistem pertama, dan kemudian lakukan langkah
– 1 hingga 2.
-
-
-
Memulakan main balik.
Mulakan main balik pada peranti BLUETOOTH yang disambung dan laraskan kelantangan.
Semua sistem akan memainkan muzik yang sama.
Apabila melaras kelantangan pada peranti BLUETOOTH atau sistem yang disambungkan dengan peranti (sistem ditetapkan sebagai yang pertama), kelantangan semua sistem akan dilaraskan secara automatik.* Untuk sistem lain (sistem kedua atau yang seterusnya yang ditetapkan), anda juga boleh melaraskan kelantangan antara satu sama lain.
* Bergantung pada peranti yang disambung, kelantangan mungkin tidak disegerakkan dengan kelantangan yang anda laraskan pada sistem pertama.
Petua
-
Anda juga boleh mengendalikan fungsi Party Chain Wayarles pada “Sony | Music Center.”
-
Apa yang boleh anda lakukan dengan fungsi Party Chain Wayarles bergantung pada sistem yang anda sambungkan.
-
Apabila menggunakan fungsi Party Chain Wayarles, codec akan menukar secara automatik kepada SBC.
Nota
-
Apabila menonton filem menggunakan fungsi Party Chain Wayarles, mungkin akan terdapat perbezaan antara video dan audio.
-
Fungsi Party Chain Wayarles tersedia hanya apabila sistem berada dalam fungsi BLUETOOTH.
-
Apabila anda menggunakan fungsi Party Chain Wayarles dengan menyambung berbilang jenis sistem audio, pencahayaan mungkin tidak berkesan bergantung pada susunan sistem yang anda sambungkan. Dalam keadaan ini, tetapkan sistem yang pencahayaannya tidak berkesan sebagai sistem pertama.

