Menerima panggilan
Anda boleh menikmati panggilan bebas tangan dengan telefon mudah alih BLUETOOTH yang menyokong HFP (Profil Bebas Tangan) atau HSP (Profil Set Kepala).
Untuk menggunakan fungsi ini, pastikan sambungan BLUETOOTH telah diwujudkan.
Operasi mungkin berbeza bergantung pada BLUETOOTH telefon mudah alih. Rujuk arahan pengendalian yang dibekalkan bersama telefon mudah alih.
Nota
-
Untuk peranti Apple iOS, sistem serasi dengan iOS 10.0 atau yang lebih terkini.
Sambungan BLUETOOTH tidak tersedia pada peranti dengan iOS 9.x atau yang lebih lama.
-
Bergantung pada model telefon mudah alih anda, sistem operasi atau aplikasi yang dipasang, sesetengah fungsi panggilan bebas tangan mungkin tidak berfungsi dengan betul.
-
Jika lebih daripada satu peranti BLUETOOTH disambungkan ke sistem (Sambungan berbilang peranti), anda tidak akan dapat menerima panggilan telefon. Batalkan sambungan berbilang peranti. Tamatkan sambungan BLUETOOTH atau matikan fungsi BLUETOOTH pada peranti BLUETOOTH yang merupakan selain daripada BLUETOOTH telefon mudah alih yang sedang digunakan.
-
Kelantangan main balik muzik dan panggilan adalah berbeza. Laraskan kelantangan semasa panggilan.
-
Jika pemanggil tidak dapat mendengar atau hampir-hampir tidak dapat mendengar suara anda, bercakaplah lebih dekat kepada mikrofon terbina dalam pada sistem.
-
Hingar boleh terjadi sekiranya sistem dan BLUETOOTH telefon bimbit diletakkan terlalu dekat. Jauhkan BLUETOOTH telefon mudah alih sekiranya hingar didengar.
-
Tekan
(main/jeda)/
(panggilan) apabila ada panggilan masuk.Apabila ada panggilan masuk, main balik dijedakan dan sistem mengeluarkan nada dering.
Nota
-
Jika anda menekan dan menahan
(main/jeda)/
(panggilan) apabila ada panggilan masuk, panggilan itu akan ditolak.
-
-
Cakap melalui mikrofon terbina dalam sistem.
-
Tekan
(main/jeda)/
(panggilan) untuk menamatkan panggilan.

